Monday 12 January 2015

Tips Lelaki Sihat: Bawa Bekal Makanan Untuk Turunkan Berat Badan

Bawa Bekalan Makanan Untuk Turunkan berat badan


Teringat zaman sekolah rendah dulu, tiap-tiap hari bawa bekal pergi sekolah. Kalau tak nasi, sekurang-kurangnya ummi akan membekalkan kuih. Yang paling penting mesti bersarapan waktu pagi. Untuk tips lelaki sihat hari ini, saya nak berkongsi tips mudah untuk turunkan berat badan iaitu bawa bekal makanan.


Jadikan Bawa Bekal Makanan Sebagai Kebiasaan


Seorang lelaki yang peduli dengan apa yang dimakan akan sentiasa berusaha mendapat nutrien keperluan harian melalui hidangan yang berkhasiat dan seimbang.

Antara cabaran yang anda hadapi ketika ingin turunkan berat badan adalah nafsu makan anda. Anda sering rambang mata apabila tiba waktu makan. Lebih-lebih lagi jika anda bersarapan dan makan tengahari di kedai. Pelbagai makanan yang menarik menggamit mata anda.



Ini menyebabkan anda semakin gemuk, buncit, boroi, obesiti, gempal dan seumpamannya. Bahkan ia menyebabkan anda tidak bertenaga ketika bekerja.

Ini adalah tips yang mudah untuk anda menyelesaikan cabaran ini. Bawa bekal makanan dari rumah.

Apa yang anda perlukan hanyalah ilmu tentang cara pemakanan yang sihat. Berapa kalori yang anda perlukan dalam sehari? Makanan apa yang sesuai untuk memenuhi keperluan tenaga harian anda? Pengambilan protein, serat, karbohidrat, lemak dan lain-lain yang dirasakan penting.

Apabila anda sudah mempunyai pengetahuan tentang gaya pemakanan yang sihat, sekarang tibalah masanya anda menggerakkan kemahuan anda.

Jika anda punyai isteri, mintalah sokongan daripadanya.

Cuba lawan cabaran yang mendatang terutamanya daripada kawan-kawan yang mungkin akan merosakkan misi besar anda pada tahun 2015 ini.

Dengan cara ini, bukan sahaja tubuh badan anda akan berterima kasih kepada anda, bahkan pasti dompet anda juga begitu.

Jangan lupa buah-buahan dan air kosong.

Semoga berjaya mengurangkan berat badan pada tahun 2015.

Hafid Sulaiman

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...