Kentang goreng, siapa yang tidak
sukakannya. Lebih-lebih lagi kalau ia rangup dan garing. Ditambah pula dengan perasa yang membangkitkan selera. Kalau anda pergi ke restoran
makanan segera yang mudah ditemui di mana-mana, antara pesanan makanan yang
wajib ada adalah kentang goreng.
Ia cepat disediakan, sedap, siapa
sahaja akan menikmatinya. Tetapi tahukah anda,
biasanya makanan yang disediakan secara cepat, menyebabkan anda cepat
gemuk. Dan bahaya untuk kesihatan.
