Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, 26 March 2017

Ketika Engkau Dipuji



Dipuji memang seronok. Rasa bangga.

Namun..

Janganlah engkau tertipu dengan pujian orang lain.

Sesungguhnya mereka yang memuji itu, tidaklah mengetahui tentang diri kalian sendiri  kecuali yang nampak bagi mereka di pandangan mereka.

Sedangkan engkau sendiri yang mengetahui isi hatimu. Engkau sendiri yang mengetahui tentang dosamu. Engkau sendiri yang mengetahui tentang aib dirimu.

Mungkin pujian itu menjadikan engkau orang yang hina di sisi Allah.

Mari kita amalkan apa yang diamalkan oleh para salaf ketika mana mereka dipuji.

 اللهُمَّ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لَا يَعْلَمُونَ، وَاجْعَلْنِي خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّونَ
Ya Allah,  janganlah menyeksaku dengan perkataan mereka, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan. (Al-Bayhaqi, Shu'ab al-Iman)

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sikap ujub dan sombong diri.

Moga bermanfaat:
Klang, Selangor.




Monday, 24 October 2016

Paksa Diri Buat Kebaikan

 
Kredit: www.murshid.my

Kawan-kawan, ingat!!!

Untuk beramal soleh, kau kena PAKSA diri kau.

Kerana...

Thursday, 20 October 2016

Adab Makan: Makan Dengan Tangan Kanan



Makan dan minumlah dengan tangan kanan. Jangan sekali-kali anda makan dengan tangan kiri!! Jika anda benar-benar mengakui bahawa syaitan itu musuh anda, berusahalah untuk tidak termakan dengan tipu daya syaitan. Jika anda makan dengan tangan kiri, anda telah mengikut perbuatan syaitan.

Dan jika anda tahu bahawa anda wajib makan dengan tangan kanan, namun anda dengan sengaja makan dengan tangan kiri, ketahuilah bahawa perbuatan ini adalah disebabkan kesombongan anda dan anda meremeh remehkan kebenaran.

Friday, 7 October 2016

Masih Ada Yang Tidak Mampu Dibeli



Kita duduk memikirkan sejenak mengenangkan kehidupan, apa erti kejayaan dan kebahagiaan di dalam kehidupan.

Ramai orang yang salah sangka mengenai kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan di dalam kehidupan.

Ramai orang yang menganggap bahawa duit yang banyak, kekayaan yang melimpah merupakan faktor bagi kejayaan dan kebahagiaan yang sebenar.

Monday, 6 June 2016

Salam Ramadan 1437 Hijrah




Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kita rezeki untuk bertemu dengan bulan Ramadan 1437 Hijrah.

Marilah kita sama-sama merebut peluang yang Allah berikan ini untuk memperbanyakkan amalan kita, sebagai bekalan untuk perjalanan yang sangat panjang, menuju syurga Allah.

Marilah kita mohon keampunan kepada Allah di atas dosa kesalahan yang kita lakukan. Jadikanlah Ramadan ini, bulan untuk kita mendapatkan maghfirah keampunan Allah yang Maha Luas.

Ramadan.. Di situlah saatnya kita bersimpuh di hadapan Allah, meminta ampun padaNya, dan memuhasabah diri dari segala kelalaian dan dosa.
رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ

"Celakalah seseorang yang datang kepadanya bulan ramadhan, kemudian bulan ramadhan selesai (berlalu), sedangkan dosa-dosanya belum diampunkan" [Riwayat al-Tirmidhi]

Salam Ramadan 1437 Hijrah
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

 

Friday, 11 December 2015

Hakikat Insan Di Dalam Al-Quran

Apabila meneliti ayat-ayat al-Quran yang menggunakan kalimah al-Insan, sebahagiannya akan dihubungkan dengan sesuatu yang berbentuk negatif. Ia adalah merupakan sifat semula jadi manusia. Allah memperingatkan manusia agar tidak mengekalkan sifat ini dalam diri agar terselamat daripada kemurkaan dan azab Allah.

Thursday, 3 December 2015

Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit



 
Sakit..??  Jangan sekali-kali melupakan Allah. Allah adalah penyembuh bagi segala penyakit.

Mari kita amalkan apa yang Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam ajarkan kepada kita.

Friday, 27 November 2015

Syukur





Pantun lama melayu ada menyebutkan:
Asam kandis asam gelugur,
Ditambah cili asam rumbia,
Jasad menangis di pintu kubur,
Ingin kembali ke atas dunia.

Wednesday, 25 November 2015

Aku dan Jantung





Segala apa yang Allah ciptakan untuk manusia, menjadi bahan untuk kita berfikir. Jantung atau disebut Qalb di dalam Bahasa arab adalah merupakan makhluk Allah yang sentiasa mengikut perintah dan aturan yang Allah tetapkan sehinggalah ke suatu masa yang ditetapkan. Semua makhluk Allah yang berada di langit dan di bumi semuanya taat dan akur dengan ketentuan Allah. Semuanya bersujud kepada Allah kecuali manusia dan jin yang diberi pilihan untuk memilih.

Friday, 20 November 2015

Ujian Dengan Nikmat Kesihatan Dan Masa Lapang





Dunia ini adalah tempat ujian. Manusia seharusnya sedar bahawa segala nikmat itu semuanya sebagai ujian walaupun pada zahirnya ia dilihat sebagai suatu kemuliaan. Maka bersyukurlah agar kita tergolong di dalam orang yang beruntung di akhirat kelak.

Wednesday, 4 November 2015

JANGAN LUPAKAN ALLAH


Setiap manusia sedar bahawa mereka tercipta untuk suatu tugasan tertentu. Islam menjelaskan apakah tujuan penciptaan manusia di atas muka bumi ini. Ada perintah dan larangan yang perlu dipatuhi.

Wednesday, 21 October 2015

Amalan Zikir Di Waktu Pagi Berdasarkan Hadith





Pada hari ini, ramai dalam kalangan masyarakat sudah menyedari keperluan diri untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Ia adalah sifat semula jadi manusia. Zikir merupakan perbuatan mengingati Allah dalam pelbagai cara. Zikir atau doa yang terbaik adalah apa yang telah diajar oleh baginda nabi salla Allah ‘alayh wa sallam.

Friday, 4 September 2015

Angin Yang Lembut Daripada Sutera




| Angin lembut yang mencabut roh orang yang beriman | Antara tanda-tanda kiamat adalah berhembusnya angin yang lembut untuk mencabut ruh orang-orang yang beriman. Maka, tidak ada lagi di muka bumi orang yang berkata, “Allah, Allah”, yang ada hanyalah seburuk-buruk manusia dan kiamat akan berlaku ke atas mereka.

Friday, 28 August 2015

Bersediakah Kita Melalui Titian Sirat





Bersediakah Kita Melalui Titian Sirat. Berjalan di atas titian sirat yang terbentang di atas Neraka dan berakhir di syurga adalah suatu yang pasti dilalui oleh setiap manusia. Ia berlaku setelah manusia melalui proses hisab dan timbangan amal.

Saturday, 22 August 2015

Doa Ketika Menziarahi Orang Sakit





Anda biasa melawat orang sakit? Selain bertanya khabar, apakah ucapan yang sering anda ucapkan kepada pesakit? Post kali ini, jom kita telusuri serba sedikit beberapa ucapan  atau doa yang Nabi Muhammad Salla Allah ‘alayh wa sallam ucapkan kepada mereka yang sakit. Moga ia menjadi panduan dan pengajaran buat kita bersama.

Friday, 22 May 2015

Iman Membuahkan Akhlak





Sebagai supplement rohani, pada hari jumaat ini, jom hayati tentang keimanan kepada kehidupan selepas kematian. Di dalam al-Quran, banyak tempat yang menyebut tentang kedahsyatan hari Kiamat. Kedahsyatan dan kegemparan ini tidaklah bermaksud untuk melemahkan semangat manusia dan motivasi diri terhadap kehidupan dunia. Bahkan sebagai orang yang beriman, hari akhirat menjadi pemangkin kepada kejayaan dunia dan akhirat. Iman Membuahkan Akhlak.

Friday, 15 May 2015

Musibah Itu Untuk Manusia Berubah




Pengalaman lalu mengajar manusia. Manusia boleh berubah apabila ada musibah yang menimpanya. Kecil atau besar musibah itu membawa kepada perubahan dalam hidup manusia. Manusia perlu kepada musibah agar dirinya boleh berubah yang pastinya ke arah yang lebih baik. Barangsiapa yang ingin diberikan kebaikan oleh Tuhan, maka pasti Tuhan akan menimpakan musibah ke atasnya.

Friday, 8 May 2015

Makanan Itu Wujud Di Tempat Yang Paling Dahsyat


Makanan adalah merupakan satu nikmat di dunia bagi semua orang. Makanan penting untuk memastikan setiap daripada kita dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Disebabkan itu, manusia akan berusaha untuk mendapatkan makanan yang terbaik untuk dirinya. Yang paling lazat, paling berkhasiat, seimbang, menyelerakan dan yang memuaskan hati masing-masing.

Friday, 16 January 2015

Kisah Lelaki Kaya Yang Ingin Membeli Kehidupan Orang Lain

 
Sedarkah kita, di saat kita hanya mampu makan roti canai atau nasi lemak beserta teh tarik sebagai sarapan pagi, terdapat ‘mereka’ yang tidak mampu menikmatinya walaupun diberi secara percuma. Walaupun pendapatan kita hanya cukup makan jika nak dibandingkan dengan ‘mereka’ itu, namun kekayaan mereka tidak mampu membeli apa yang dinikmati oleh sebahagian orang.

Friday, 9 January 2015

Wasiat Seorang Bapa Kepada Anaknya



Di dalam al-Quran, Allah memberikan contoh bagaimana Luqman memberikan wasiat dan nasihat kepada anaknya. Ia merupakan satu contoh ikutan yang diamalkan oleh golongan orang soleh yang mana mereka mewasiatkan dan memberikan nasihat yang berguna kepada anak mereka. Sikap ini seharusnya dicontohi oleh lelaki yang bergelar bapa sebagai tanggungjawab mendidik dan melahirkan generasi yang beragama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...