Penurunan kepadatan tulang bergantung
pada umur seseorang. Sekiranya seseorang itu tidak membina 'simpanan' tulang
secukupnya semasa mereka berupaya, merekalah antara golongan yang akan
mengalami masalah osteoporosis di kala tua.
Bila usia meningkat, kadar
penghasilan tulang merosot kerana organ-organ dalam badan tidak berfungsi
secekap waktu mudanya. Ditambah pula dengan tabiat seseorang yang agak memilih
makanannya ketika tua.
