Sebagai supplement rohani, pada
hari jumaat ini, jom hayati tentang keimanan kepada kehidupan selepas kematian.
Di dalam al-Quran, banyak tempat yang menyebut tentang kedahsyatan hari Kiamat.
Kedahsyatan dan kegemparan ini tidaklah bermaksud untuk melemahkan semangat
manusia dan motivasi diri terhadap kehidupan dunia. Bahkan sebagai orang yang
beriman, hari akhirat menjadi pemangkin kepada kejayaan dunia dan akhirat. Iman Membuahkan Akhlak.
