Hari ini hari ke 17 berpuasa. 17 Ramadan 1437H. Hari ini, cuti umum. Tetapi kerja harian saya tetap diteruskan. Kedai online buka 24 jam. Siapa-siapa yang nak tempah produk Shaklee, boleh terus whatsapp saya.
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts
Wednesday, 22 June 2016
Monday, 6 June 2016
Salam Ramadan 1437 Hijrah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kita rezeki untuk bertemu dengan bulan Ramadan 1437 Hijrah.
Marilah kita sama-sama merebut peluang yang Allah berikan ini untuk memperbanyakkan amalan kita, sebagai bekalan untuk perjalanan yang sangat panjang, menuju syurga Allah.
Marilah kita mohon keampunan kepada Allah di atas dosa kesalahan yang kita lakukan. Jadikanlah Ramadan ini, bulan untuk kita mendapatkan maghfirah keampunan Allah yang Maha Luas.
Ramadan.. Di situlah saatnya kita bersimpuh di hadapan Allah, meminta ampun padaNya, dan memuhasabah diri dari segala kelalaian dan dosa.
رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ
"Celakalah seseorang yang datang kepadanya bulan ramadhan, kemudian bulan ramadhan selesai (berlalu), sedangkan dosa-dosanya belum diampunkan" [Riwayat al-Tirmidhi]
Salam Ramadan 1437 Hijrah
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
Monday, 26 January 2015
Apabila Bersukan Untuk Menjadi Juara
Hujung minggu merupakan hari
rekreasi bagi kebanyakan orang di Bandar. Taman-taman akan dipenuhi dengan
orang ramai yang membawa keluarga sama ada untuk bermain di taman atau untuk
berjoging. Ia merupakan satu aktiviti yang menyihatkan di samping kita dapatkan
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Itu adalah aktiviti hujung minggu. Itulah
suasana yang anda dapat lihat seperti di Tasik Shah Alam.
Thursday, 2 October 2014
Masalah Membantu Menemui Makna Hidup
Masalah dapat membantu seseorang menemui makna dan
tujuan hidup. Pemahaman tentang makna kehidupan merupakan pemahaman tentang
alasan keberadaan hidup manusia dan apa yang menjadi tujuan hidupnya. Ketika
seseorang hidup di dalam kesenangan dan penuh keselesaan, pengertian makna
kehidupan selalunya dipandang remeh. Bahkan ia sering kali lupa tentang makna
hidup. Dorongan untuk mengenali makna hidup sering datang melalui penderitaan
dan masalah di dalam kehidupan.
Wednesday, 3 September 2014
Gula Membinasakan Anda.
Gula ialah salah
satu makanan tanpa nutrien yang paling banyak dimakan dan sangat berbahaya. Gula tidak diperlukan
dalam pemakanan kerana tubuh menukar makanan lain ke
bentuk glukosa apabila ia memerlukan tenaga. Gula tidak
memberikan apa-apa nutrien, malah nutrien diperlukan untuk memetabolismakannya.
Ia juga melenyapkan nutrien di dalam tubuh. Gula boleh membinasakan anda. Ambillah gula sekadar keperluan anda. Jangan berlebihan.
Tuesday, 2 September 2014
Apa Itu Anggur Muscadine (Vitis rotundifolia)
Anggur
apabila dikelaskan melalui warnanya, dapat dikategorikan kepada 3 warna utama.
Anggur
Hijau, Anggur Merah dan Anggur Hitam atau gelap.
Terdapat
lebih 8,000 jenis anggur yang terdapat di dunia.
Thursday, 17 July 2014
Sirap Ros dan Kopi O Pekat
Awal tahun 90-an, apabila ada kenduri perkahwinan, sanak saudara berkumpul, yang jauh dari kota pulang ke desa. Berkumpul untuk bergotong royong menjayakan kenduri.
Dulu-dulu, kalau ada kenduri di
kampung, antara minuman yang menjadi pilihan untuk hidangan adalah sirap ros
merah dan kopi O pekat.
Sunday, 8 June 2014
Diet Rasulullah: Halal, Baik dan Jangan Membazir.

Secara umumnya prinsip Rasulullah di dalam diet harian
baginda adalah halal dan baik serta tidak mengikut jejak langkah syaitan iaitu
tidak berlebih-lebihan dan tidak membazir.
Sebagai umat Nabi Muhammad salla Allah alayh wa
sallam yang ingin mengikut sunnah baginda, hendaklah kita mengikuti prinsip
umum ini. Selagi mana makanan yang kita makan itu halal, baik, berkhasiat,
mengikut keperluan tubuh, tidak membazir dan berlebihan, maka kita telah
mengikuti sunnah dalam menjaga kesihatan badan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






