Vitamin C atau Asid Askorbik merupakan vitamin
larut air. Vitamin C mudah diperoleh daripada buah-buahan beri, buah-buahan
sitrus dan sayuran hijau. Vitamin C boleh hilang semasa memasak atau semasa
dimasukkan ke dalam air masakan. Pemotongan dan membiarkan buah-buahan dan sayuran
terdedah kepada udara boleh menyebabkan kehilangan vitamin C yang banyak. Jadi,
apa yang anda makan hanyalah makanan tanpa Vitamin C yang telah hilang atau yang semakin berkurangan.
