Showing posts with label Ereksi Zakar Kurang. Show all posts
Showing posts with label Ereksi Zakar Kurang. Show all posts

Wednesday, 19 August 2015

Zakar Tegang Ketika Bangun Pagi




zakar tegang di waktu pagi.


Ketegangan atau ereksi zakar di waktu pagi dikenali sebagai Nocturnal Penile Tumescence (NPT). Ia adalah ketegangan zakar secara luar kawal apabila bangun pagi dan adakalanya berlaku pada waktu malam. Terdapat juga istilah lain yang digunakan untuk ereksi luar kawal ini seperti ‘Membina Khemah di waktu pagi’, ‘morning wood’ dan ‘morning steel’. Semuanya menunjukkan zakar tegang ketika bangun pagi.

Wednesday, 20 May 2015

Punca Kegagalan Ereksi: Apa Tindakan Anda





Ereksi Zakar yang mantap secara semula jadi tanpa ubat kuat atau perangsang seks menunjukkan seseorang lelaki itu adalah sihat dari segi zahir dan batin. Namun ada sebahagian lelaki yang mempunyai masalah kegagalan ereksi, terus mengambil jalan mudah dengan mengambil ubat kuat atau perangsang seks sebagai tindakan segera. Apakah tindakan anda betul? Adakah anda sudah mengetahui punca kegagalan ereksi anda?

Wednesday, 3 December 2014

Tekanan Darah Tinggi Punca Ereksi Zakar Lemah Atau Mati Pucuk


ereksi zakar lemah sebab tekanan darah tinggi

Ereksi zakar yang keras bergantung kepada kepadatan liang otot zakar yang mengandungi kandungan darah yang banyak. Apabila perasaan seksual lelaki terangsang, darah masuk dengan lancar dalam kuantiti banyak dalam liang otot zakar. Namun, ereksi zakar yang keras mungkin tidak terjadi disebabkan aliran darah yang tidak sempurna. Tekanan darah tinggi mungkin menjadi punca ereksi zakar lemah atau mati pucuk.

Thursday, 27 November 2014

Tips Meningkatkan Kesihatan Zakar Secara Semula Jadi

Tips untuk mengatasi masalah ereksi zakar yang lemah secara semula jadi.


Apabila anda membicarakan tentang kesihatan lelaki, topik yang sering dibincangkan adalah tentang kesihatan zakar. Zakar yang tegang, keras, panjang, tahan lama dan macam-macam lagi kriteria yang menjadi idaman lelaki. Pelbagai cara dilakukan oleh lelaki untuk meningkatkan kesihatan zakar secara semula jadi atau pun melalui cara yang pelbagai pada zaman kini.

Lelaki Perlu Ambil Tindakan Jika Ereksi Zakar Lemah

zakar kurang tegang, lelaki perlu ambil tindakan susulan

Ereksi zakar lemah atau zakar kurang tegang dan kurang keras merupakan satu situasi apabila seorang lelaki tidak mampu mempertahankan ketegangan zakarnya ketika melakukan hubungan seks dengan pasangannya. Ereksi zakar lemah walaupun telah dirangsang oleh pasangannya sehingga menyebabkan zakar tidak mampu masuk ke dalam faraj pasangan dan mungkin tidak mampu meneruskan hubungan seks. Mungkin hal ini berlaku sekali sekala namun lelaki perlu ambil tindakan jika ereksi zakar lemah dan kurang keras.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...