Wednesday, 22 October 2014

Lelaki Mencari Ubat Perangsang Seks




Lelaki mana yang tidak mahu menjadi hebat di ranjang. Rasa malu apabila pasangan merendahkan kemampuan anda. Maka kerana itu lelaki mencari sesuatu yang hebat. Inginkan sesuatu yang memberikan tenaga sampai pagi, menguatkan, membesarkan, memanjangkan, mengukuhkan dan macam-macam lagi. Dan yang penting, produk itu memberikan kesan segera agar dapat dinikmati. Ubat perangsang seks menjadi bualan dan carian lelaki untuk memuaskan pasangan. Lelaki mencari ubat perangsang seks atau ubat kuat sehingga mereka lupa apa sebenarnya yang sepatutnya mereka cari untuk kesihatan badan keseluruhannya.


Jom Baca Iklan


Anda berminat mencari produk untuk menjadikan anda hebat di ranjang??? Produk yang menjadi perangsang seks atau ubat untuk menjalinkan hubungan suami isteri. Anda pasti teruja dengan kata-kata berikut:
"..Rahsia bagaimana ingin menjadi hebat di ranjang telah terbongkar….. Pastikan isteri anda tersenyum puas tak terkata…"
"Anda suka apabila isteri anda ‘MERENGEK’, ‘MERAYU’, ‘MENJERIT’ dan ‘MERAYU’ simpati disebabkan terlampau sedap…"
"Anda Yakin Isteri Anda Puas Dengan Anda? Zakar Layu Sebelum Mendayung?"
"Size Zakar Macam Kanak-Kanak? Isteri Tak Berapa PUAS? Nak Lebih Air Mani Untuk Lebih NIKMAT?!!! RUMAH TANGGA SEMAKIN DINGIN DI SEBABKAN HUBUNGAN KELAMIN YANG SEMAKIN HAMBAR?"
"Memanjangkan zakar sehingga 4 INCI dalam masa 3 BULAN! Sebahagian besarnya meningkatkan keinginan seks dan stamina anda; Pembinaan zakar yang lebih besar, lebih keras; Lebih kukuh dan kepuasan seks yang lebih maksimum; Tiada lagi pancutan mani pramatang,,, main sampai pagi.. Rupa zakar anda yang besar dan panjang akan membangkitkan keinginan pasangan anda untuk seks. Hari-hari mintak… MANTAAAP Bro!!"
"Abang ni! Benci lah malam tadi! Ayang baru pegang, dah @#%^*#..!!!! Eeee... Suruh beli produk tu tak mahu... Eshhhh...%%@$&!(&#%(.....takkan nak dgr wife cakap mcm tu esok pagi kan?..."

Kemudian Iklan ubat perangsang seks atau ubat kuat tersebut diikuti pula dengan pelbagai testimoni…
“Wah mantap bro… Nak pesan 3 botol lagi”
“Memang berkesan… Isteri sampai mintak berhenti, dah tak larat…”
“…. Kenapalah aku tak jumpa produk ni awal-awal dulu…”
“..Isteri dah tak mengeluh lagi… asyik merayu aje…”


Dan banyak lagi iklan-iklan dan testimoni seumpama itu…

Anda berminat dengan ubat perangsang seks


Sebagai seorang lelaki anda pasti berminat dan teruja dengan semua itu. Inginkan kehebatan di mata pasangan anda dan inginkan nikmat hubungan seks yang lebih. Itu biasa kerana fitrah seorang lelaki.

Adalah menjadi hak anda untuk membeli dan memiliki produk tersebut namun anda juga perlu mengetahui hak-hak anda sebagai pelanggan.

Segala jenis ubat-ubatan ini hendaklah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tidakkah anda risau produk yang anda ambil itu adalah produk tiruan. Baca Semua Ini Palsu @ Tiruan Dot..dot..dot…

Jika anda membeli sama ada online atau offline, pastikan anda menyelidikinya dahulu. Janganlah jantung hati dan akal anda terus dikaburkan dan tertutup dengan iklan yang mengujakan sehingga dengan kuasa duit yang ada pada anda, anda terus membeli produk tersebut.


Tidak semua produk untuk menjadi lelaki hebat di pasaran itu tidak baik. Ada yang bagus dan sangat berkesan. Nasihat saya hanyalah untuk anda berhati-hati supaya tidak membeli sesuatu yang berbahaya kepada kesihatan anda.

Terdapat produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, dan dicemari dengan racun perangsang seks. Gunalah ubat yang berdaftar dengan KKM sahaja kerana kualiti, keselamatan dan keberkesanan telah terjamin. Jadilah pengguna ubat yang bijak.

Buat para pengguna khususnya lelaki, tiada herba yang boleh memberikan kehebatan di ranjang dalam masa yang cepat melainkan produk tersebut telah dicampur dengan racun berjadual seperti Sildenafil atau Tadalafil*. Janganlah diperbodohkan dengan iklan-iklan hebat ubat kuat ini, jika ada masalah 'kelakian' silalah jangan malu berjumpa dengan doktor.

Baca laporan akhbar: 'Ubat Bodoh' Hanya Kuat Sekejap

Beberapa Panduan Untuk Lelaki


Jika anda ingin membeli produk yang menguatkan tenaga anda sebagai seorang lelaki, cara mudah untuk memastikan produk itu berdaftar dengan KKM adalah
1) Nombor Pendaftaran MAL
2) Pelekat Hologram Meditag

No. Pendaftaran MAL dan Hologram Meditag



No. Pendaftaran MAL dan Hologram meditag



Nasihat Segar Agar Lelaki Sedar


Ubat Perangsang seks atau ubat kuat kebanyakannya hanyalah bertujuan untuk kepuasan anda di dalam hubungan seks suami isteri.

Apa yang lebih utama bagi anda adalah kesihatan anda secara keseluruhannya. Anda sihat tubuh badan dari hujung rambut ke hujung kaki, sihat emosi, sihat akal dan sihat segala-galanya. Janganlah disebabkan inginkan nikmat dalam hubungan suami isteri, kesihatan tubuh yang lain diabaikan.

Adalah lebih baik anda menjaga pemakanan anda setiap hari dengan hidangan makanan yang berkhasiat, melakukan aktiviti riadah dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Tambahkan makanan yang mengandungi Vitamin C, Vitamin E, Beta Karotena, Zink, Selenium dan lain-lain nutrien penting untuk menjadi lelaki yang sihat. Pengambilan supplement kesihatan khusus untuk lelaki juga digalakkan untuk memperoleh kesihatan yang optimum. 

Walaupun cara ini mungkin lambat memberikan kesan kepada anda terutamanya yang berkaitan dengan hubungan suami isteri, namun ia adalah cara terbaik untuk anda menjadi lebih sihat dalam pelbagai sudut.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.


====================
Jika anda memerlukan supplement kesihatan lelaki yang dijamin selamat, berkesan dan mesra alam, anda boleh berhubung dengan saya,

====================

Hafid Sulaiman.

SMS/WhatsApp: 013-3727.508
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah.


Nota Kaki:

* Sildenafil dan Tadalafil  – ubat yang digunakan  untuk rawatan “erectile dysfunction”  yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi dari seorang doktor. Kesan sampingan -sangat merbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor,  antaranya-  serangan jantung, strok, pendarahan  otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...