Sebut sahaja kolesterol, apa yang akan terbayang di fikiran
hanyalah sesuatu yang buruk. Namun, ia sebenarnya bukanlah seperti yang
difikirkan. Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang
diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan
kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan.
