Showing posts with label Sakit Lutut. Show all posts
Showing posts with label Sakit Lutut. Show all posts

Tuesday, 3 February 2015

Tips Lelaki Sihat: Bagaimana Melegakan Sakit Lutut



Sakit Lutut seringkali mengganggu aktiviti harian anda. Sakit lutut disebabkan rawan yang lemah dan rapuh, tisu penghubung yang terurai dan geseran yang akhirnya menyebabkan ketidakselesaan. Ditambah pula dengan berat badan yang tidak ideal, aktiviti yang mudah pun terasa susah untuk dilakukan. Justeru, mereka yang menghadapi, akan sentiasa memikirkan bagaimana melegakan sakit lutut.

Monday, 20 October 2014

Cegah Sakit Lutut Sebelum Parah.

cegah sakit lutut.

Anda seorang yang aktif, tetapi sakit lutut sering kali mengganggu aktiviti anda. Berjalan sikit, dah rasa sakit lutut. Tulang lutut dirasakan seperti bergesal. Sakitnya hanya empunya badan yang tahu. Ini mungkin berpunca disebabkan lendir antara sendi ligamen dan tendon dibahagian tulang lutut sudang semakin kurang. Inilah yang menyebabkan sakit lutut atau sakit sendi pada kebanyakan orang. Apabila usia meningkat, anda perlu menyedari bahawa tubuh anda juga akan kehilangan upaya untuk mengekalkan struktur tulang rawan dan sendi sihat. Maka, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk berusaha mencegah sakit lutut sebelum parah.

Friday, 3 October 2014

Glukosamin Membantu Mengatasi Sakit Lutut.


Apabila usia anda semakin meningkat, tubuh turut kehilangan keupayaan untuk memperbaharui dan mengekalkan struktur tulang rawan dan sendi sihat. Situasi ini menyebabkan anda sukar bergerak. Sakit lutut menyebabkan aktiviti yang mudah menjadi sukar. Masalah sakit lutut disebabkan rawan yang lemah dan rapuh, tisu penghubung yang terurai dan geseran yang akhirnya menyebabkan ketidakselesaan. Tubuh tidak mampu memperbaiki kerosakan di sendi. Ini kerana Glukosamin (GS-Glucosamine Sulphate) yang merupakan bahan semula jadi dalam tubuh untuk memperbaiki radang sendi, tidak dikeluarkan oleh tubuh secara mencukupi.

Monday, 21 July 2014

Sakit Sendi Osteoartritis: Simptom, Diagnosis dan Rawatan


Masalah sendi sering berlaku seiring dengan peningkatan usia seseorang. Ini menyebabkan banyak aktiviti harian tidak dapat dilakukan dengan lancar walaupun ia agak mudah. Di sini, saya nukilkan satu entri daripada drhidayat.com  tentang Sakit Sendi Osteoartritis: Simptom, Diagnosis dan Rawatan.

Jom baca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...