Monday, 13 April 2015

Saya Makan, Saya Jual Shaklee



Saya Makan, Saya Jual Shaklee


Saya sedar bahawa apa yang saya makan setiap hari tidak akan mampu memenuhi keperluan nutrien harian. Hari ini, mungkin saya makan buah-buahan seperti oren, tapi 1-2 hari kemudian, saya tidak menyentuh langsung buah-buahan. Mungkin hari Isnin saya makan suatu hidangan yang berkhasiat, namun hari selasa belum tentu saya makan sesuatu yang berkhasiat.


Saya tahu bahawa setiap bahagian badan kita memerlukan kepekatan nutrien yang tertentu, namun saya sering kali culas tentang hal ini.

Apa yang saya sedari bahawa usia saya makin meningkat dan tubuh saya semakin lemah, bahkan lemah daripada yang sepatutnya. Mungkin dalam usia 30 tahun, kita sepatutnya masih lagi mampu bermain futsal untuk satu pertandingan, namun tak sampai satu perlawanan kita dah pancit.

Maka, saya mencari makanan tambahan untuk menampung semua apa yang kurang. 

Tahun 2013, isteri saya memperkenalkan produk Shaklee yang sebenarnya sudah lama saya tahu tetapi tidak berminat langsung dengan produknya. Mungkin ada sentimen tertentu pada produk ini..

Namun perasaan ingin tahu dan ingin menjadi lebih sihat mengatasi keegoan.

Apabila saya mengenali produk Shaklee, membaca latar belakang, apa pencapaian mereka, bagaimana standard kualiti produknya, bukti yang kukuh berdasarkan kepada kajian klinikal dan bermacam-macam lagi, saya  terpanggil untuk mencuba semua produk Shaklee yang hebat...

Saya kurang percaya dengan testimoni pelanggan, kerana ia berbeza setiap orang. Namun dengan bukti saintifik yang ada, standard yang begitu ketat dan jaminan produk daripada Shaklee yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa semula jadi, ia menjadikan produk ini sangat hebat.



Dan apa yang saya rasa terbaik untuk diri saya, itulah yang saya pilih.

Saya tidak mengharapkan perubahan yang drastik dalam kesihatan saya, tetapi saya sudah rasa selepas beberapa bulan mengambil produk Shaklee secara konsisten, saya telah berjaya meningkatkan kesihatan saya... Saya percaya dengan memenuhi keperluan nutrien harian, badan saya akan kekal cergas.

Mungkin kisah saya ini biasa-biasa sahaja. Ramai lagi yang teruja apabila memilih Shaklee sebagai program makanan tambahan mereka..



Jika anda ingin jadi seperti saya dan mereka-mereka yang memilih Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.. Saya kongsikan dengan anda bagaimana ingin menjadikan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik.

Hafid Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...