Friday, 24 April 2015

Kuatkan Sistem Imun Dengan Makanan





Apabila seseorang mempunyai masalah kesihatan, maka perkara pertama yang difikirkan adalah bagaimana untuk melegakannya. Disebabkan pemahaman bahawa sakit itu boleh dikurangkan dan dihilangkan, maka seseorang itu akan mencari ubat sebagai satu cara untuk mengalahkan penyakit. Zaman moden sekarang, itulah pilihan bagi lelaki yang mempunyai masalah kesihatan. Bila dah terkena barulah mencari penyelesaian.


Adakah satu yang menggembirakan apabila kita sakit? Sudah pasti ia merupakan satu cabaran yang perit untuk diharungi. Berdasarkan fakta-fakta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, manusia sekarang lebih terdedah untuk mendapat pelbagai jenis penyakit sekali pun teknologi perubatan sudah semakin hebat.

Lihat sahaja statistik tekanan darah tinggi dalam kalangan generasi muda yang semakin tinggi menggambarkan bahawa tahun-tahun mendatang akan ada banyak lagi cabaran kesihatan yang bakal mereka tempuhi.

Namun tahukah kita bahawa ada alternatif lain untuk kita elakkan penyakit dengan dengan cara yang paling menyeronokkan.

Marilah Berseronok Dengan Apa Yang Kita Makan


Cubalah kita berseronok dengan apa yang kita makan. Seronok makan sayur-sayuran.. seronok makan buah-buahan.. Seronok ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.. Jadikan apa yang kita makan itu sesuatu keseronokan..

Mudah sahaja, cuba cari info tentang sesuatu yang kita makan. Umpamanya, apabila anda tahu khasiat brokoli untuk kesihatan lelaki, anda akan suka untuk memakannya walaupun ia tidaklah sesedap coklat.

Kedengaran beberapa hari ini ada yang mencadangkan supaya setiap restoran mengeluarkan fakta berkenaan dengan makanan yang dijual. Maksud saya berapa kalori bagi setiap makanan.

Adalah suatu yang menyeronokkan apabila kita mengetahui apa yang kita makan. Berapa kalori yang kita perlukan setiap hari? Dan kita lihat apa yang sesuai untuk kita makan. Barulah perut tu tak memboroi...

Kita tahu bahawa gula itu membinasakan jika diambil secara berlebihan, maka anda kita akan cuba untuk meninggalkan minuman yang manis terutamanya minuman berkarbonat.

Itu belum lagi jika kita mengetahui tentang keburukan sesuatu makanan. Maka kita akan lebih lagi untuk meninggalkannya.

Jadikan juga memasak itu suatu rutin yang menyeronokkan. Masak dari hati, masak dengan iman..

Ilmu tentang memasak sangat penting bagi penyediaan makanan yang terbaik.

Di samping itu, kita dapat mengelakkan dari makan di kedai atau restoran yang tidak mengutamakan penyediaan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Apabila kita ada ilmu pengetahuan tentang sesuatu makanan, kita akan rasa seronok untuk makan demi kesihatan kita.

SISTEM IMUN


Kata kunci untuk semua ini adalah KUATKAN SISTEM IMUN. Carilah makanan yang boleh menguatkan sistem imun untuk melawan penyakit.

Sistem imun umpama doktor peribadi kita. Apabila ada masalah di dalam tubuh kita, dialah yang akan merawatnya dahulu. Jika mereka tidak mampu merawat, maka terpaksalah kita berhadapan dengan rawatan yang lebih rumit.

Belajarlah bagaimana untuk menyokong dan mengawal sistem imun demi kesihatan anda.

Jadikanlah makanan yang kita makan setiap hari membantu untuk menguatkan sistem imun tubuh kita. Tidak rugi pun kita luangkan masa untuk tambah ilmu tentang pemakanan sebab ia adalah suatu yang kita hadap tiap-tiap hari.

Namun ada satu musuh besar untuk kita tumpaskan iaitu NAFSU. Nafsu apabila tidak dikawal dengan ilmu maka ia akan membesar menjadi musuh.

Makanan yang anda pilih sudah bagus, namun nafsu tidak dikawal yang akhirnya makanan yang anda makan menjadi racun yang membinasa.

Hafid Sulaiman


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...