Thursday, 13 August 2015

Kalsium Untuk Tubuh Yang Sihat






Kali ini, saya nak kongsi pasal kalsium. Pentingnya ambil kalsium yang cukup agar di hari tua nanti, kita tak menyesal. Tubuh kita memerlukan kalsium dalam kuantiti yang banyak berbanding mineral lain. Kalsium terkenal dengan peranannya dalam membina tulang dan gigi, bahkan jika kita lanjutkan pembacaan kita, kita akan dapati ia juga berperanan secara menyeluruh kepada sistem tubuh kita.



Bagaimana Ia Berfungsi?


99 peratus daripada kalsium yang kita ambil melalui hidangan harian kita akan terus pergi ke tulang dan gigi di mana ia berfungsi untuk membina dan memperkukuhkan strukturnya.

Manakala 1 peratus lagi disalurkan kepada seluruh badan untuk fungsi otot, darah, enzim, penghasilan tenaga, sistem imun, jantung dan lain-lain.

Apa Lagi??


Jom kita ambil tahu, bagaimana kalsium membantu tubuh untuk kekal sihat.

Membantu menguatkan tulang. Pengambilan kalsium secara konsisten menghalang osteoperosis, menguatkan kuku dan gigi. Kalsium juga membantu merawat tulang reput dan menguatkan gusi. Kekurangan pengambilan kalsium menyebabkan ramai orang yang mengalami masalah sakit belakang, sakit pinggang, osteoporosis terutamanya dalam kalangan orang tua. Jadi, pastikan anda mengambil kalsium yang cukup agar tiada masalah di hari tua. 



Membantu kurangkan masalah kekejangan dan kebas pada kaki dan tangan. Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis. Kalsium membantu kuatkan sistem saraf terutamanya bagi mereka yang mengandung, sangat digalakkan mengambil lebih kalsium untuk elakkan kekejangan.



Membantu meringankan stress: Pengambilan kalsium mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih nyenyak dan membantu memperbaiki tekanan, mood yang tidak tetap, sakit kepala, migrain dan pitam.

Membantu memperbaiki masalah haid. Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit sewaktu haid dan membantu membuang air kecil.

Membantu pengalkalian tubuh. Kalsium adalah mineral alkalin, dan ia berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Disebabkan itu, sebahagian makanan tambahan seperti protein soya ditambah dengan kalsium untuk mengimbangi keasidan soya agar dapat diterima oleh tubuh dengan baik

Membantu mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga.

Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot.

Tahukah anda, untuk kalsium berfungsi dengan baik untuk kesihatan badan, ia memerlukan mineral dan vitamin lain yang membantu untuk keberkesanan. Antaranya adalah Vitamin D, magnesium, boron, zinc, manganese, cooper dan fosforus. BACA>> Kalsium: Keperluan Untuk Tulang Yang Kuat

Ok. Dah tahu tentang kepentingan kalsium untuk diri kita. Sekarang masa untuk berubah. Pastikan setiap hari anda mengambil sumber kalsium seperti susu dan sayuran. 


<<<<<<>>>>>>
Anda Perlukan Supplement Yang Membantu Anda Mendapatkan KALSIUM
<<<<<<>>>>>>


Sharing is Caring

Hafid Sulaiman
Kesihatan Adalah Anugerah

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...