Tuesday, 18 August 2015

Pentingnya Belajar Ilmu Pemakanan



pemakanan sihat


Ilmu pemakanan atau ilmu nutrisi, ramai yang tahu akan kepentingannya. Namun tak ramai yang ingin mengamalkannya. Lihat sahaja, apabila seseorang pergi ke majlis kenduri atau apa-apa sahaja aktiviti jamuan yang diberikan secara percuma, maka akan terlihatlah kelahapan seseorang itu. Semuanya hendak dimasukkan ke dalam pinggan. Rambang mata dibuatnya.


Itulah manusia, apabila berada di antara persimpangan untuk memilih, kebanyakannya memilih untuk mengikut yang bersesuaian dengan nafsu makan. Khasiat sesuatu makanan dan ilmu pengetahuan berkenaannya sudah dibakul sampahkan.

pemakanan sihat

Pentingnya Belajar Ilmu Pemakanan


Ramai antara kita yang tidak tahu bagaimana mahu mengekalkan kesihatan dengan baik. Termasuk diri saya. Tetapi seharusnya kita memiliki usaha untuk memperbaiki diri.

Bila penyakit menyerang kita, sebahagian kita mengharapkan 100% daripada pegawai perubatan untuk membantu menyelesaikan masalah kita. Diberi ubat dan kita makan. Kalau baik, Alhamdulillah, jika tidak, kita akan berpindah kepada alternatif yang lain.

Penyembuhan Semula Jadi


Tahukah kita, bahawa penyembuhan yang terbaik adalah datangnya dari ‘dalam’ tubuh kita sendiri.

Alam semula jadi adalah penyumbang kepada sistem imun yang sangat hebat. Apa yang harus kita lakukan adalah memelihara kuasa dalaman ini. Sistem imun inilah yang merupakan ‘doktor’ peribadi kita

Disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan tentang pemakanan dan alam semula jadi, tubuh kita gagal berfungsi dengan baik dan sempurna sehingga terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

Kita perlu tahu bahawa tubuh merupakan sesuatu yang kompleks dan mempunyai keupayaan mengubati penyakit.

Tetapi disebabkan kita ini sering berlaku zalim terhadap diri kita, tubuh kita tak mampu untuk mengubati diri kita sendiri.



Tambahkan Ilmu


Kita perlu sedar bahawa dengan bantuan nutrient tertentu yang kita ambil daripada makanan dan pemakanan yang seimbang membuka peluang untuk kita hidup lebih sihat tanpa penyakit.

Sekarang sangat mudah untuk kita memperolehi maklumat tentang nutrisi pemakanan. Bagaimana pengambilan makana yang baik. Ilmu tentang vitamin dan mineral serta pelbagai lagi ilmu yang membantu kita.

Dengan ilmu tersebut, sebahagian kita mengambil supplement tertentu yang sangat membantu kita untuk mendapatkan nutrient-nutrient penting untuk tubuh.

Saya yakin dengan mengetahui tentang ilmu pemakanan dan nutrisi secara menyeluruh, kita mampu untuk mengubah hidup kita kepada yang lebih baik, ceria dan harmoni.

Hafid Sulaiman
Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...