Friday, 11 September 2015

8 Sebab Untuk Berbasikal




Sebahagian negara di dunia menjadikan amalan berbasikal sebagai rutin harian. Bahkan sebahagian mereka ke tempat kerja dengan berbasikal. Ia merupakan amalan yang sihat di samping mewujudkan persekitaran yang lebih sihat. Bayangkan keseronokan kita ketika kecil menunggang basikal. Alangkah seronoknya jika dapat diteruskan sehingga sekarang.

Satu kajian ke atas 30,640 orang yang dijalankan di Copenhagen, Denmark selama 15 tahun, menunjukkan bahawa mereka yang tidak berbasikal, 39 peratus berkemungkinan meninggal dunia lebih cepat.

Kajian juga menunjukkan bahawa berbasikal selama 3 jam seminggu dapat menurunkan kadar penyakit sebanyak 40 peratus. Ia juga dapat menurunkan kadar sakit jantung sebanyak 76 peratus dan dapat menurunkan risiko diabetes sebanyak 42 peratus.

8 Sebab Untuk Berbasikal


1) Merendahkan risiko penyakit

Sudah pasti badan yang sihat membantu mengurangkan risiko penyakit. Berbasikal membantu aliran darah yang baik terutamanya kepada jantung. Selain itu, ia juga meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru. Berbasikal secara kerap mengurangkan sebanyak 50 peratus risiko menghidap penyakit kardiovaskular seperti stroke, penyakit yang keempat paling banyak membunuh di Malaysia

2) Kecergasan Fizikal Dan Mental

Fizikal yang cergas membantu kesihatan mental dan berbasikal boleh mempertingkatkan sel-sel otak untuk berhubung.

3) Mudah dan menyeronokkan

Aktiviti berbasikal amat menyeronokkan. Apa pun tujuan kita sama ada untuk pengangkutan, aktiviti sukan mahupun pertandingan, ia menjadikan kita seronok dan kurang stress. Ia merupakan senaman yang mudah dan ringkas. Ia bukanlah aktiviti senaman yang tertumpu pada kaki sahaja, bahkan ia adalah senaman kardio.

NAK KAYUHAN YANG LEBIH BERTENAGA?? DAPATKAN PERFORMANCE DRINK <<<KLIK SINI>>>

4) Menyihatkan sendi

Jika nak dibandingkan dengan berjogging dan berlari, daya hentakan ketika berbasikal adalah kurang. Ia membantu kesihatan sendi terutamanya bahagian lutut kerana daya itu telah berpindah ke roda.

5) Membantu menurunkan kadar kolesterol

Ia membantu meningkatkan kadar kolesterol baik HDL seterusnya dapat mengurangkan masalah penyempitan salur darah. Berbasikal membantu kita untuk membakar kalori dengan berkesan.

6) Tingkatkan kekuatan otot

Berbasikal secara tidak langsung dapat meningkatkan kekuatan otot dan fleksibiliti. Antara bahagian otot yang terlibat adalah pinggul, betis dan peha.


7) Cahaya Matahari

Berbasikal di luar rumah terutama waktu pagi membantu kita mendapatkan vitamin D yang membantu dalam mencegah osteoporosis.

8) Memperbaiki Mood

Berbasikal membantu mengeluarkan hormone endhorphin yang memberikan kesan positif dan membantu keseimbangan hormone. Ia juga membantu kita untuk merehatkan dengan minda dengan mengambil udara segar serta menghilangkan stress. Selain itu, ia juga membantu mendapat kualiti tidur yang cukup.

Moga Bermanfaat. Jom Berbasikal.

Hafid Sulaiman


<<<<>>>> 
Anda mahukan minuman tenaga untuk anda berbasikal
Saya pilih Performance. Ia lebih menyihatkan.
Whatsapp 013-3727.508

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...