Wednesday, 9 September 2015

9 Sebab Untuk Bersenam Waktu Pagi


 
Aspek yang penting di dalam gaya hidup sihat adalah sentiasa aktif seperti melakukan senaman. Pernahkah anda bangun awal pagi dan melakukan senaman tertentu? Ia adalah langkah bijak untuk anda kekal sihat. Sebenarnya ia agak mudah untuk dilaksanakan. Tetapi memerlukan kemahuan dan disiplin yang tinggi.

Cabaran sihat untuk anda adalah ubah tabiat untuk cuba bangun awal pagi untuk melakukan senaman. Tetapkan matlamat dalam diri sebagai langkah percubaan.

Sebagai seorang Islam, anda mungkin boleh mulakan dengan solat tahajjud dan kemudian boleh melakukan senaman ringan sama ada selepas tahajjud atau solat subuh.

9 Sebab Untuk Bersenam Waktu Pagi


Di sini saya ingin kongsikan 9 Sebab Untuk Anda bersenam waktu pagi.

1) Prestasi Yang Baik di Tempat Kerja

Senaman waktu pagi yang dijalankan secara rutin dapat membantu mengurangkan kadar tekanan di tempat kerja.  Ia membantu seseorang untuk fokus di tempat kerja dan menjalankan tugasan dengan baik. Ia membantu menyegarkan tubuh anda sepanjang masa.

2) Membantu meningkatkan kadar metabolism tubuh.

Ini bermakna tubuh berupaya membakar kalori dengan lebih cepat dan efisyen. Kajian juga menunjukkan bahawa bersenam di awal pagi dapat membantu seseorang memilih makanan yang sihat dan terbaik sepanjang hari.

3) Memperolehi kualiti tidur yang baik

Seseorang yang rajin bersenam di awal pagi akan mendapat tidur yang berkualiti berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Jika sudah menjadi rutin, secara automatic tubuh anda akan peka dengan jam waktu bangun pagi anda. Gelombang tenaga akan menghantar isyarat ke otak di mana siang untuk melakukan aktiviti dan malam untuk berehat. Ia juga membantu kesihatan emosi.

4) Senaman Waktu pagi lebih bermanfaat dan konsisten

Kajian menunjukkan senaman waktu pagi lebih mudah untuk konsisten berbanding waktu petang. Ini kerana ramai orang beralasan tidak mempunyai masa yang cukup. Melatih diri untuk bangun awal pagi bukanlah sukar. Lama-kelamaan ia akan menjadi rutin harian anda.

5) Hidup Lebih Cergas dan Bahagia Sepanjang Hari

Ia membantu mengurangkan tekanan. Isyarat diberikan kepada ‘endorphins’ iaitu sejenis bahan kimia yang meningkatkan mood serta mengurangkan kadar kesakitan. Ia membantu membina sesuatu yang positif.

6) Mengatur Pola Pemakanan

Senaman pagi juga mempengaruhi seseorang itu untuk mengatur pola pemakanannya sepanjang hari. Mereka akan terlatih untuk memilih hidangan yang menyihatkan dan seimbang.

7) Lebih Cergas dan Sihat

Lebih 90 peratus daripada mereka yang mengamalkan senaman pagi secara konsisten mempunyai rutin kecergasan yang baik.

8) Mempertingkatkan kesihatan mental

Membantu otak lebih sihat dan cerdas disamping menguatkan daya ingatan. Ia membantu pengaliran darah ke bahagian otak menjadi lancar. Otak menjadi lebih peka dan cerdas. Senaman juga membantu anda untuk lebih bergerak cergas di tempat kerja.

9) Rangsangan Tubuh yang Tetap

Jika waktu bangun pagi dan bersenam anda adalah tetap, sistem endoktrin anda juga akan dirangsang secara tetap. Tubuh anda sudah mempelajari perkara yang sama setiap hari. Tubuh akan bersiap sedia untuk memberikan isyarat bangun dan bersenam dalam tempoh beberapa jam sebelum mencelikkan mata. Ia membantu mengatur tekanan darah, degupan jantung dan aliran darah ke otot.

Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

<<<>>> 
Anda Memerlukan Produk Nutrisi Untuk Membantu
Anda Mengekalkan Dan Meningkatkan Kesihatan Anda.
Whatsapp 013-3727.508
Pengedar Shaklee Anda.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...