Thursday, 17 September 2015

6 Sebab Anda Kurang Bertenaga Ketika Bersukan




Ada ketikanya, kita bertenaga ketika bersukan. Tetapi ada kalanya begitu berat untuk bersukan dan aktiviti yang dilakukan kurang menyeronokkan seolah-olah terpaksa. Pancit di tengah jalan. Kenal pasti beberapa sebab anda kurang bertenaga ketika bersukan.

6 Sebab Anda Kurang Bertenaga Ketika Bersukan


1. Dehidrasi (Kekurangan air)

Untuk menjamin daya tahan anda, dehidrasi perlu seimbang. Otot manusia dipenuhi 70 peratus air. Apabila tidak mendapat bekalan air yang cukup, otot akan mengalami kesusutan dan lemah dengan sendirinya.

Akibatnya, anda kurang bertenaga ketika bersukan. Pengambilan kafein boleh memburukkan lagi keadaan.

Pastikan anda membawa bekalan air yang cukup agar anda terhidrasi semasa bersukan. Nak lagi hebat, boleh ambil Performance Drink. Terbukti berkesan.


2. Terlebih latihan.

Bersukan adalah suatu aktiviti yang sihat. Namun jika kita melakukannya secara berlebihan dan tanpa jadual yang teratur, ia boleh mendatangkan kecederaan kepada tubuh. Khususnya yang melibatkan latihan kardio. Jantung anda juga perlu dijaga agar kekal sihat.

Anda perlu merancang jadual anda. Pastikan ada hari-hari tertentu untuk anda berehat.

3. Tidur Tak Cukup

Badan yang tak cukup tidur akan menjadi lemah. Pembaikpulihan tubuh biasanya berlaku ketika sedang tidur. Amalkan jadual tidur yang teratur.

4. Diet Yang Tidak Seimbang

Amalkan diet yang mempunyai karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang. Pengambilan karbohidrat penting yang mana akan ditukar kepada glukosa dan disimpan di dalam otot sebagai glikogen. Ketika bersukan, tubuh akan menukarkan glikogen kepada tenaga.

Pengambilan protein juga sangat membantu. Boleh ambil Protein ESP sebagai pelengkap anda. 


5. Stress dan Tekanan

Stress meningkatkan paras hormone kortisol. Ia secara tidak langsung melemahkan semangat dan tenaga serta menjadikan aktiviti yang hendak dilakukan terasa sukar.

Ketahuilah bahawa jika dibuat dengan betul, senaman boleh meredakan tekanan.

6. Kekurangan Nutrien.

Setiap bahagian tubuh memerlukan nutrient tertentu untuk ia berfungsi dengan baik. Pastikan kita mengambil sayuran dan buah-buahan tertentu untuk tenaga yang hebat. Kekurangan nutrient tertentu juga menggangu dari sudut psikologi. Pengambilan supplement kesihatan adalah digalakkan.

Semoga bermanfaat

Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

2 comments:

  1. Saya biasanya tidur x cukup sejak jadi pelajar kolej

    ReplyDelete
  2. Pastikan kita dapat tidur dan rehat yang cukup dan berkualiti. Sunnatullah jangan dilanggar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...