Pada
hari ini, ramai dalam kalangan masyarakat sudah menyedari keperluan diri untuk
lebih mendekatkan diri kepada Allah. Ia adalah sifat semula jadi manusia. Zikir
merupakan perbuatan mengingati Allah dalam pelbagai cara. Zikir atau doa yang
terbaik adalah apa yang telah diajar oleh baginda nabi salla Allah ‘alayh wa
sallam.
Bagi
mereka yang inginkan panduan mudah untuk berzikir berdasarkan apa yang telah
diajar oleh Nabi Salla allah ‘alayh wa sallam, 10 Zikir pada waktu pagi ini boleh dijadikan panduan. Banyak lagi zikir yang menjadi
sunnah, dan ini adalah sebahagian daripadanya. Saya akan kongsikan dari semasa
ke semasa. IN SYAA ALLAH.
Ia
adalah amalan yang mudah untuk kita lakukan terutamanya usai solat subuh. Boleh
juga diamalkan ketika memandu ke tempat kerja, sambil bercucuk tanam, menyiram
bunga, menyediakan sarapan dan apa saja keadaan kita di waktu pagi. Dan ia juga
boleh diamalkan pada waktu petang atau malam.
Moga
bermanfaat. Saya petik nukilan ini daripada FB Ustaz Muhamad Rizal Johari.
10 Amalan Zikir Waktu Pagi
1.
Dibaca Pagi (satu kali):
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا
طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksudnya:
"Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki
yang baik, dan amalan yang diterima." (HR. Ibnu Majah)
2.
Dibaca Pagi (satu kali) :
اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ
نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ
Maksudnya:
“Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dengan
rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan
kehendak-Mu kami hidup dan dengan rahmat dan kehendak-Mu kami mati. Dan
kepada-Mu kebangkitan (bagi semua makhluk).” (HR Al-Bukhari)
3.
SAYYIDUL ISTIGHFAR
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ،
خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا
اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ
عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ
إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya:
“Ya Allah! Engkau adalah Rabbku, tidak ada ilah (yang berhak diibadahi
dengan benar) kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah
hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung
kepadaMu dari kejelekan apa yang aku perbuat. Aku mengakui nikmatMu (yang
Engkau berikan) kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah
aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau.”
(HR. Al-Bukhari)
4.
Dibaca Pagi (tiga kali) :
رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا،
وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا
Maksudnya:
“Aku redha Allah sebagai Rabbku (untukku dan orang lain), Islam sebagai
agamaku, dan Muhammad Sallallahu ’alaihi wa Sallam sebagai nabiku (yang diutus
oleh Allah).” (HR. Ahmad)
5.
Dibaca Pagi 3x (tiga kali) :
اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَدَنِيْ، اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ
فِيْ سَمْعِيْ، اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَصَرِيْ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ
مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya:-
“Ya Allah! Selamatkan tubuhku (dari penyakit, dari maksiat, atau dari
apa-apa yang tidak aku inginkan). Ya Allah, selamatkan pendengaranku (dari
penyakit, dari maksiat, atau dari apa-apa yang tidak aku inginkan). Ya Allah,
selamatkan penglihatanku (dari penyakit, dari maksiat, atau dari apa-apa yang
tidak aku inginkan). Tidak ada ilah (yang berhak diibadahi dengan benar)
kecuali Engkau. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran
dan kefakiran. Dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur. Tidak ada ilah
(yang berhak diibadahi dengan benar) kecuali Engkau.”
6.
Dibaca Pagi (tiga kali) :
بِسْمِ اللهِ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ
وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Maksudnya:
“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya, tidak ada sesuatupun yang
membahayakan, baik di bumi maupun di langit. Dia-lah Yang Maha mendengar dan Maha
mengetahui.” (HR. Al-Tirmidhi )
7.
Dibaca Pagi (satu kali) :
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، أَصْلِحْ
لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ
Maksudnya:
Wahai Rabb Yang Maha hidup, wahai Rabb Yang Maha berdiri Sendiri (tidak memerlukan
segala sesuatu), dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala
urusanku dan janganlah Engkau serahkan (urusanku) kepada diriku sendiri walaupun
hanya sekelip mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).” (HR. An-Nasa-i )
8.
Dibaca Pagi (tiga kali) :
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا
نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Maksudnya:
“Mahasuci Allah dan aku memujiNya sebanyak bilangan makhlukNya, Maha suci
Allah sesuai keridhaan-Nya, Maha suci Allah seberat timbangan arasy-Nya, dan
Maha suci Allah sebanyak tinta (yang menulis) kalimat-Nya.” (HR. Muslim)
9.
Dibaca Pagi 100x :
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ
Maksudnya:
“Maha Suci Allah, aku memuji-Nya.” (HR. Muslim)
10.
Dibaca Pagi (atau Sehari-semalam) 100x :
أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
Maksudnya:
Aku memohon ampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. (HR.
Al-Bukhari)
Moga
Allah golongkan kita bersama dengan orang yang akan masuk ke syurga Allah.
Hafid
Sulaiman
FB
Page: Kesihatan Adalah Anugerah
No comments:
Post a Comment