Monday, 5 October 2015

Panduan Nutrisi: Tekanan Darah Tinggi



kawal tekanan darah tinggi


Tekanan darah tinggi adalah ‘pembunuh senyap’ yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Komplikasi-komplikasi tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan ke atas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Bagi lelaki, tekanan darah tinggi juga memberikan kesan kepada ereksi zakar atau boleh menyebabkan mati pucuk. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat. 

Baca Juga: Tekanan Darah Tinggi Punca Ereksi Zakar Lemah Atau Mati Pucuk

Tekanan Darah Tinggi boleh dikawal dengan cara kita mengubah cara hidup kita.


  • Pemakanan yang seimbang dan sihat          
  • Kurangkan pengambilan garam (sodium).
  • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal. Bersenam.
  • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
  • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
  • Hindari stress. Luangkan masa untuk berehat




Panduan Nutrisi: Tekanan Darah Tinggi


Saya kongsikan di sini beberapa jenis nutrient penting yang membantu anda mengawal tekanan darah tinggi.

Vitamin



  • B Kompleks – Merendah tahap tekanan darah. Penting untuk metabolism gula dan pembebasan tenaga. Mengurangkan stress
  • Vitamin C – Menurunkan LDL dan meninggikan HDL. Mengukuhkan kapilari dan salur darah, Sebagai antioksidan
  • Vitamin E – Membantu mencairkan darah. Sebagai antioksidan.


Mineral


  • Kalsium – Menstabilkan tekanan darah
  • Magnesium – Mengembangkan salur darah dan mengurangkan tekanan.
  • Potassium – Membantu mengeluarkan lebihan sodium (garam)
  • Selenium – Membantu meningkatkan penyerapan vitamin E.


Lain-lain


  • Omega 3 – Minyak ikan membantu mencairkan darah.
  • Omega 6 – Mengurangkan LDL
  • Co Enzyme Q10 – Membantu menguatkan jantung
  • Bioflavonoid – Meningkatkan keberkesanan Vitamin C.
  • Bawang Putih – Membantu menurunkan kolesterol dan tekanan darah tinggi serta melancarkan perjalanan darah.



Pilihan Makanan


  • Salmon dan lain-lain jenis ikan laut dalam – kaya dengan omega-3 yang mengandungi asid lemak (fatty acid). Cara masak juga memainkan peranan penting agar dapat mengambil khasiat omega 3 secara optimum. Supplement minyak ikan seperti OmegaGuard adalah membantu.
  • Buah-buahan dan sayuran segar. Pastikan cara masak yang bersesuaian.
  • Oat dan bijirin.
  • Bawang putih
  • Halia
  • Celery
  • Susu Rendah Lemak




Pengambilan supplement sebagai pelengkap adalah amat digalakkan.


Hafid Sulaiman

Saya Adalah Pengedar Produk Shaklee
Whatsapp 013-3727.508





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...