Wednesday, 28 October 2015

Kenali Ubat Anda: Kategori Pendaftaran Produk





Anda biasa membeli ubat atau supplement tertentu di farmasi atau secara online dan offline melalui orang lain. Adakah anda tahu bahawa setiap ubat-ubatan atau supplement tersebut mempunyai nombor pendaftaran?


Kenali Ubat Anda


Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam. Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam.

Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL11080026TC) dan label Hologram Meditag. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.

Semak Produk Kesihatan Berdaftar


Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen. Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf. Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2 & Quest 3) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.

Pengguna juga boleh membuat semakan pendaftaran produk kesihatan dan kosmetik melalui aplikasi "Myhealth" dari telefon pintar (smartphone) anda, tak kira masa dan dimana jua. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi "Myhealth" dari Google playstore (Android) dan Apps store (Apple) ke dalam telefon pintar anda.

Nombor pendaftaran produk biasanya akan dilabelkan diluar botol atau kotak produk bagi membantu pengguna mengetahui sama ada produk itu berdaftar atau tidak.

Kategori Pendaftaran Produk


Nombor pendaftaran juga membantu pengguna untuk mengetahui apakah kategori sesuatu produk sama ada:
Ubat Terkawal
Ubat Bukan Racun
Ubat Tradisional
Suplemen Kesihatan


Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :

Kategori pendaftaran produk:

A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan


Manakala bagi produk kosmetik pula seperti gincu, gel tahan lama dan lain-lain, no pendaftarannya bermula dengan NOTxxxxxxxxxK (diakhiri dengan huruf K).
 


Lampiran berikut membantu anda untuk mengenal pasti kategori pendaftaran produk.



Moga Bermanfaat

BACA JUGA: 


Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...