Ilmu pemakanan atau ilmu
nutrisi, ramai yang tahu akan kepentingannya. Namun tak ramai yang ingin
mengamalkannya. Lihat sahaja, apabila seseorang pergi ke majlis kenduri atau
apa-apa sahaja aktiviti jamuan yang diberikan secara percuma, maka akan
terlihatlah kelahapan seseorang itu. Semuanya hendak dimasukkan ke dalam
pinggan. Rambang mata dibuatnya.
Showing posts with label Ubah Tabiat Pemakanan. Show all posts
Showing posts with label Ubah Tabiat Pemakanan. Show all posts
Tuesday, 18 August 2015
Friday, 24 April 2015
Kuatkan Sistem Imun Dengan Makanan
Apabila seseorang mempunyai masalah
kesihatan, maka perkara pertama yang difikirkan adalah bagaimana untuk
melegakannya. Disebabkan pemahaman bahawa sakit itu boleh dikurangkan dan
dihilangkan, maka seseorang itu akan mencari ubat sebagai satu cara untuk mengalahkan
penyakit. Zaman moden sekarang, itulah pilihan bagi lelaki yang mempunyai
masalah kesihatan. Bila dah terkena barulah mencari penyelesaian.
Monday, 16 March 2015
Masalah Di Ranjang: Selesaikan Dengan Bijak
Hubungan seks suami isteri bermula dengan adanya keinginan untuk melakukannya. Tapi satu ketika, adakalanya si isteri seakan tidak mahu melayan suaminya yang nafsunya sedang membuak-buak. Dan ada ketikanya, si suami pula malas nak beraksi ketika si isteri sudah bersedia. Dan ada juga ketika kedua-duanya sudah bersedia, namun tiba-tiba tidak dapat melayarkan bahtera untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju..
Sunday, 18 January 2015
Tips Lelaki Sihat: 6 Cara Tingkatkan Kehebatan Sperma
Kehebatan sperma anda atau tahap kesuburan anda diukur berdasarkan kuantiti, kualiti (bentuk) dan motiliti (pergerakan) sperma. Jika anda seorang bujang dan akan berkahwin, anda perlu berusaha untuk meningkatkan kehebatan sperma anda. Untuk Tips Lelaki Sihat kali ini, jom saya kongsikan 6 cara tingkatkan kehebatan sperma anda.
Monday, 5 January 2015
Azam 2015: Kehidupan Yang Lebih Sihat
Setiap tahun, kita punyai
azam dan impian baru. Mungkin sebahagian daripada kita, gagal untuk mencapai
azam 2014 yang lalu. Namun, bersyukurlah kita dengan nyawa yang masih diberikan
oleh Allah untuk kita terus mencapai azam kita pada tahun 2015. Saya harap,
dalam senarai azam anda itu, terselit satu azam iaitu inginkan kesihatan dan
kecergasan sepanjang masa.
Tuesday, 2 December 2014
Tekanan Darah Tinggi: Pembunuh Senyap Yang Boleh Dikawal
Hypertension atau tekanan darah tinggi adalah penyakit senyap
yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Digelar
sebagai pembunuh senyap atau 'silent killer' yang tidak memberikan apa-apa tanda tentang kehadirannya,
ia mampu mendatangkan kematian hasil daripada pembunuh lain yang dibawa
olehnya. Namun berita baik bagi penghidap tekanan darah tinggi, pembunuh senyap
ini boleh dikawal dan dicegah melalui beberapa perubahan dalam kehidupan.
Monday, 10 November 2014
Ubah Tabiat Pemakanan Untuk Kesihatan Jantung
Manusia
yang dilahirkan normal yang tidak mempunyai masalah jantung perlu bersyukur dengan
anugerah kesihatan yang diberikan. Tabiat pemakanan yang tidak seimbang
menjadikan anda seorang yang sering kali lalai terhadap anugerah kesihatan ini.
Kesihatan jantung amat berkait rapat dengan tabiat pemakanan anda. Jika anda
sudah mempunyai tanda-tanda masalah jantung, ubat tabiat pemakanan adalah
tindakan bijak untuk kesihatan jantung anda.
Friday, 7 November 2014
Makanan Pesakit Kencing Manis
Diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang
menghantui ramai rakyat Malaysia. Kompilasi daripada penyakit kencing manis ini
boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti kerosakan mata, saraf, buah pinggang
dan boleh menyebabkan strok. Mengawal paras gula dalam darah adalah satu tindakan
yang bijak untuk memastikan pesakit kencing manis dapat mengurangkan risiko
kompilasi yang lebih teruk. Mengubah tabiat pemakanan perlu dilakukan segera
apabila seseorang itu dipastikan menghidap penyakit kencing manis.
Subscribe to:
Posts (Atom)







