Tuesday, 19 May 2015

Alfalfa Complex – Makanan Yang Berkhasiat





Mari berkenalan dengan satu lagi makanan yang berkhasiat daripada Shaklee yang terkenal dalam kalangan pengguna wanita iaitu Alfalfa Complex. Banyak testimoni dalam kalangan wanita untuk tujuan mengatasi masalah keputihan dan kegatalan, membantu dalam penyusuan serta tidak kurang juga untuk tujuan mengetatkan kembali faraj. Walaupun pengguna wanita lebih dominan, namun itu tidak bermakna lelaki tidak sesuai untuk memakannya.




Alfalfa - Sumber Nutrien Dan Klorofil Asli


Alfalfa digelar sebagai Bapa Segala Tumbuhan atau The Father Of All Foods. Dalam istilah saintifik, ia dikenali sebagai Meticago Sativa.

Alfalfa digunakan sejak beribu tahun yang dulu sebagai herba untuk pelbagai tujuan terutamanya merawat beberapa jenis penyakit.

Dikatakan berasal dari kawasan timur tengah dimana orang arab menggelarnya sebagai Bapa Segala Tumbuhan disebabkan khasiatnya yang pelbagai.

Zaman dahulu, sebahagian ahli perubatan cina menggunakan daun alfalfa untuk membantu merawat masalah penghadaman, buah pinggang dan masalah sendi (arthritis). Ia juga digunakan di dalam perubatan Ayurveda terutama untuk kesihatan penghadaman.

Alfalfa ialah tumbuhan yang penuh dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.

Alfalfa mengandungi vitamin A, B, C, D, E, K, serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Ia memberikan nutrient yang mana sebahagiannya tidak diperolehi di dalam buah-buahan dan sayuran biasa. Ia juga merupakan tumbuhan yang kaya dengan protein.


Anda boleh dapatkan info lain berkenaan Alfalfa di WIKIPEDIA.




Alfalfa Complex – Makanan Yang Berkhasiat


Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee. Produk ini mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an. Alfalfa Complex adalah sumber alfalfa semula jadi yang terbaik yang melalui proses penghasilan yang sangat teliti untuk menjaga kualitinya.



Alfalfa yang pilih untuk dijadikan tablet diuji sebelum diproses untuk menjamin ketulenan produk dan ia mengandungi kesemua nutrient yang diperlukan untuk dijadikan tablet. Kawalan mutu ini penting agar apa yang dihasilkan benar-benar terjamin mutunya terutamanya bagi menjamin apa yang tertulis dilabel ada dalam kandungan tablet.

Alfalfa yang ditanam adalah bebas daripada bahan kimia dan racun yang merbahaya. Ini menjadi pilihan Shaklee bagi menjamin keselamatan produk.

Daun alfalfa yang telah mencapai kematangan mutlak menjadi pilihan Shaklee untuk dijadikan tablet. Ini kerana daun jenis ini mempunyai kaya dengan klorofil.

Dikeringkan dengan udara secara semula jadi dan dibiarkan sehingga menjadi serbuk sebelum dipadatkan untuk diproses menjadi tablet alfalfa.

Bagi setiap satu hidangan alfalfa, iaitu sebanyak 10 biji, ia membekalkan 300mg kalsium yang menyamai segelas susu.
  
Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.


Manfaat Alfalfa Complex Kepada Kesihatan


Berikut sebahagian daripada manfaat Alfalfa Complex kepada kesihatan:


  1. Membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol LDL - Kajian klinikal menunjukkan bahawa penggunaan jangka masa panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, stroke dan darah tinggi.
  2. Membantu kesihatan sistem penghadaman – Membantu kesihatan usus dan perut.
  3.  Membantu kesihatan hati, darah dan usus – Mengembalikan tubuh yang normal disebabkan asid dan toksin, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Alfalfa mempunyai kesan alkali yang baik untuk tubuh.
  4. Membantu melawan alahan.
  5. Membantu melawan sel-sel kanser.
  6. Membantu meningkatkan stamina
  7. Membantu mencegah dan  merawat masalah sistem saraf.
  8. Membantu mencegah dan merawat keputihan dan kegatalan serta masalah intim wanita.


Mungkin banyak lagi yang boleh disenaraikan berdasarkan kajian-kajian terkini terhadap alfalfa.

Peringatan.


Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) atau penyakit autoimun, hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, atau yang menghidap diabetes, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.

* Produk ini tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kepada para pembaca yang tinggal di sekitar Shah Alam dan Klang, dan ingin mendapatkan produk ini, anda boleh terus hubungi saya.

Hafid Sulaiman


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...