Friday, 15 May 2015

Apabila Saya Demam Dan Selesema





Setiap tahun, antara penyakit yang sering melanda diri saya adalah demam dan selesema. Mungkin 2 atau 3 kali dalam setahun. Bila demam dan selesama, kepala pun mula sakit dan apa yang paling mudah untuk dilakukan adalah saya baring dan tidur.


Dalam kepala, hanya memikirkan apa yang boleh melegakan demam dan selesema ini. Dulu-dulu, untuk kelegaan segera, saya ambil Panadol soluble.

Demam dan Selesema


Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.

Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.

Selesema pula adalah satu jangkitan pada hidung dan tekak. Biasanya disebabkan oleh virus.

Kedua-dua masalah kesihatan ini adalah reaksi kepada kelemahan sistem imun tubuh kita. Persoalannya, adakah sistem imun tubuh kita cukup kuat untuk melawan penyakit.

Produk Kesihatan Shaklee: Alternatif Untuk Lelaki Seperti Saya


Bila saya berkenalan dengan Shaklee, saya teruja untuk mencuba satu lagi pilihan untuk melegakan demam dan selesema. Saya cuba memahami bagaimana sistem pertahanan tubuh yang lemah menyebabkan diri saya terdedah dengan serangan penyakit.

Demam dan selesema boleh disebabkan jangkitan virus yang menyerangkan sistem imun tubuh. Dengan Shaklee, saya cuba memahami bahawa dengan memenuhi keperluan nutrient harian, sistem imun tubuh akan bertambah kuat.

Makanan tambahan merupakan pilihan saya bagi melegakan demam, Saya tidak menafikan keperluan ubat-ubatan seperti Panadol, tetapi apabila saya membetulkan apa yang sepatutnya dibetulkan, saya rasa saya bertambah kuat dan jika saya demam atau selesema, saya akan cepat sembuh.

Apa Yang Saya Ambil?


Setiap hari, antara produk kesihatan Shaklee yang saya ambil adalah Zinc Complex dan Vita C Plus.

Zinc Complex ini adalah berasaskan tumbuhan yang diadun bersama dengan barli dan alfalfa.




Manakala Vita C Plus pula merupakan sumber vitamin C yang diperkaya dengan Bioflavonoid. Ia bertindak sebagai antioksidan.

Apabila saya demam dan selesema, saya akan tingkatkan dos pengambilan Vitamin C kepada 2 atau 3 biji sehari. Atau 1000-1500mg sehari.


Hebatnya vitamin C Shaklee ini, dengan teknologi sains sekarang, vitamin C ini akan dilepas jam demi jam selama 5 jam.

Kedua-dua vitamin ini membantu meningkatkan sistem imun saya. Sistem imun adalah doktor peribadi saya. Jika tubuh saya ada masalah merekalah yang pertama sekali merungkai masalah tubuh saya.

Adakah Saya Tidak Akan Demam dan Selesema Sepanjang Tahun???


Oh.. Tidak sama sekali. Mungkin saya akan demam dan selesema.

Tapi apa yang saya harapkan adalah tempoh masa saya demam dan selesama akan dapat dipendekkan. Biasa mungkin 2-3 hari, dengan mengambil supplement ini, mungkin dapat dikurangkan dalam tempoh sehari. Semuanya dengan izin Allah.

Jangan lupa, sesuatu yang sangat penting, minum air dengan lebih banyak.

Tambah Satu Lagi


Ini antara produk kesihatan lelaki yang semua lelaki patut suka. Garlic Complex. Garlic atau bawang putih seharusnya menjadi kegemaran lelaki. Kalau tak tahu, boleh buat research pasal khasiat bawang putih.

Jika demam, anda juga boleh ambil Garlic Complex Shaklee untuk legakan demam dan selesema anda.

Dan saya amat sukakannya. Bau?? Tak jadi masalah. Anda telan sahaja, tak perlu kunyah macam makan bawang putih. Pasti mulut anda tidak berbau..



Jadi, abang-abang, pak cik-pak cik, lelaki-lelaki  yang nak rasa produk kesihatan Shaklee, boleh hubungi saya. Kalau anda tinggal di Klang, Shah Alam dan kawasan berhampiran, saya adalah Pengedar Produk Kesihatan Lelaki di kawasan anda.

Yang lain kalau nak, saya boleh poskan. No Problem…

Hafid Sulaiman.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...