Thursday, 3 December 2015

8 Sebab Untuk Kita Minum Air Yang Cukup





Bila anda minum air kosong? Adakah anda hanya minum selepas makan? Jika itu rutin harian anda, saya mencadangkan anda untuk berubah. Saya yakin, keperluan air anda tidak cukup. Tahukah anda apa akan terjadi kepada tubuh anda jika tidak mendapat air yang cukup?

Sebelum saya kongsikan tentang apa yang akan terjadi, adalah lebih baik kita ambil tahu mengapa kita memerlukan air.


8 Sebab Untuk Kita Minum Air Yang Cukup


Mengatur suhu tubuh

Bila kekurangan air, suhu tubuh akan menjadi panas dan naik.

Melancarkan peredaran darah

Jika tubuh kekurangan air, maka darah akan mengental. Hal ini berlaku kerana cairan dalam darah akan disedut untuk keperluan tubuh, Proses itu akan memberikan implikasi yang tidak baik untuk otak dan jantung.

Membuang racun dan sisa makanan

Keperluan air yang cukup membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Air membersihkan racun dalam tubuh melalui peluh dan pernafasan.

Kesihatan Kulit

Air sangat penting untuk mengatur struktur dan fungsi kulit. Fungsi air dalam tubuh berguna untuk menjaga kelembapan, kelembutan dan keanjalan kulit akibat pengaruh suhu udara dari luar tubuh.

Pencernaan

Peranan air dalam proses pencernaan untuk mengangkut nutrisi dan oksiden melalui darah untuk segera dialirkan ke sel-sel tubuh, Pengambilan air yang cukup akan membantu proses sistem pencernaan di dalam usus besar di mana gerakan usus menjadi lebih lancar, sehingga najis boleh keluar dengan lancar tanpa risiko.

Pernafasan

Paru-paru memerlukan air untuk pernafasan kerana paru-paru harus basah dalam bekerja memasukkan oksigen ke dalam sel tubuh dan membawa karbon dioksida keluar dari tubuh. Ujikaji yang jelas untuk melihat fungsi ini ialah apabila kita menghembuskan nafs ke kaca, maka akan terlihat cairan berupa embun dari nafas yang dihembuskan pada kaca.

Sendi dan Otot

Cecair di dalam tubuh juga berfungsi untuk melindungi dan membantu memudahkan gerakan pada sendi dan otot. Otot tubuh akan mengempis apabila tubuh kekurangan cecair. Oleh sebab itu, kita digalakkan minum air yang cukup untuk keperluan harian. Semakin aktif kita bergerak, semakin pentingnya air yang cukup dalam tubuh bagi membantu meminimakan risiko kekejangan otot dan keletihan.

Pemulihan Penyakit.

Air yang cukup di dalam tubuh juga membantu proses pemulihan ketika sakit kerana pengambilan air yang mencukupi ini berfungsi untuk menggantikan cairan tubuh yang terbuang.

TIPS LELAKI SIHAT:
Minum air 7-8 gelas sehari atau 2-3 liter sehari untuk memenuhi keperluan air harian anda.



==================

Air Yang Bersih, datang dari sebuah jag yang hebat


==================

Moga Bermanfaat 

Sumber: Majalah Rapi

Hafid Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...