Sunday, 6 December 2015

Marah Menyebabkan ِِِِAnda Sakit





Marah menyebabkan anda melakukan tindakan diluar jangkaan. Membaling barang, meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kesat, menghempas pintu dan lain-lain. Tindakan itu bagi menarik perhatian orang lain supaya mereka tahu bahawa anda sedang marah.

Bertenang dan banyakkan istighfar dan berta'awwuz. Tahukah anda bahawa kemarahan itu boleh mengganggu fungsi tubuh anda.

Mari kita lihat sebahagian daripada kesan kemarahan itu kepada tubuh kita.

Marah Menyebabkan Anda Sakit


Kemarahan yang ada di dalam diri menyebabkan fungsi tubuh tidak berjalan dengan sepatutnya. Berikut beberapa implikasi negatif terhadap kesihatan disebabkan seseorang itu marah.

Otak

Amarah anda itu mampu menjadikan anda seorang yang pelupa. Semakin lama semakin sukar untuk anda mengingati memori manis dalam hidup. Ini kerana emosi marah menguasai diri, hormone kortisol dan hormone yang berkaitan dengan stress yang lain akan dirembeskan dalam kadar yang tinggi. Ia mengakibatkan pusat memori anda kian mengecut dan kurang fungsinya.


Jantung

Inilah organ yang paling terjejas dengan emosi anda. Jantung anda akan diberikan tekanan yang hebat setiap kali anda marah dan meningkatkan lagi tekanan darah anda. Kesannya jika tidak dikawal, anda mungkin diserang sakit jantung atau stroke.


Sistem Imunisasi

Rasa Marah juga mewujudkan perasaan ingin melawan dalam diri seterusnya membuatkan hormon  epinephrine’ dirembeskan. Rembesan dalam kuantiti yang tinggi akan memberikan tekanan pada sistem imunisasi tubuh membuatkan anda mudah diserang jangkitan dan penyakit.


Mata

Mampu membuatkan penglihatan anda menjadi berganda dan kadang-kadang anda akan nampak satu garis cahaya mengganggu anda. Gejala ini juga biasanya akan disertai dengan rasa pening atau migraine. Apabila anda marah, proses tekanan darah ke otak akan menegang dan inilah puncanya.

Gigi

Adakalanya rasa marah mampu membuatkan anda terasa getaran pada gigi. Situasi ini adakalanya berlarutan dan boleh berlaku tanpa anda sedari dalam waktu tidur. Mengetap gigi boleh menyebabkan rahang anda terasa sakit dan lama kelamaan mampu mengakibatkan gigi patah.

Perut

Apabila marah menguasai fikiran, otak juga akan mengeluarkan bahan kimia semula jadi iaitu ‘serotonin’ dan ‘acetylcholine’ yang mampu mengurangkan tekanan darah ke perut anda. Inilah faktor mengapa anda selalu merasa seperti tidak sedap perut setiap kali dilanda tekanan. Adakalanya tekanan yang anda alami juga memungkinkan anda mengalami cirit birit secara tiba-tiba.

Banyakkan beristighfar, mohon perlindungan Allah daripada bisikan syaitan ketika marah.


Anda manusia hebat, jika anda berjaya menahan kemarahan anda.

Moga bermanfaat

Hafid Sulaiman





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...