Monday, 15 January 2018

Coenzyme Q10: Penjana Tenaga Utama Anda



Serlahkan Hidup Anda dengan Coenzyme Q10.

Dengan peningkatan tahap tenaga yang lebih baik, kita mempunyai lebih ketajaman mental, berasa lebih bertenaga dan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam satu hari. Serlahkan kehidupan anda dengan Coenzyme Q10, penjana tenaga utama anda!



Manfaat Coenzyme Q10


1- Tenaga Yang Berkekalan

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan! Peningkatan CoQ10 membantu:
    - Meningkatkan kekuatan otot.(1)
    - Mempercepatkan pemulihan luka.(2)

2- Peredaran Darah yang Sihat

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:
    - Menguatkan otot-otot jantung.(3)
    - Menyokong fungsi jantung yang sihat.(4)
    - Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.(5)

3-  Sistem Reproduksi yang Sihat

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu:
    - Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.(6,7)
    - Meningkatkan pergerakan sperma.(6,7)
    - Meningkatkan kualiti ovum.



4- Kulit Yang Berseri

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda. Pengambilan CoQ10 membantu:
    - Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan.(8)
    - Meningkatkan tekstur kulit.(8)

5-  Meningkatkan Fungsi Kognitif

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid,(9) salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:
    - Menjana fungsi otak yang sihat.(9)
    - Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.(9)


Berapa Banyak CoQ10 yang Anda Perlukan?

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. 

Walaupun CoQ10 secara semulajadi dihasilkan oleh badan kita, ianya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia. 

Seawal usia 20 tahun, tubuh anda mengalami kesukaran untuk menghasilkan CoQ10. 

Mereka yang mengambil statin, ubat untuk merendahkan kolesterol, memerlukan jumlah CoQ10 yang lebih tinggi kerana ubat tersebut mengurangkan penghasilannya dalam badan sebanyak 40%!

Untuk memastikan anda mendapat 100mg Coenzyme Q10, , anda perlu mengambil:

Bagaimana Gaya Hidup Menjejaskan Penghasilan Tenaga

Seperti sebuah kilang, badan kita memerlukan sel-sel (stesen penjaga tenaga) dan nutrien-nutrien (pekerja) untuk berfungsi seperti biasa. Setiap sel mengandungi satu stesen penjanaan yang bernama mitokondria untuk menghasilkan tenaga untuk badan anda dan ia memerlukan satu nutrien, Coenzyme Q10 (CoQ10). 

Badan anda boleh menghasilkan mitokondria dan CoQ10 secara semulajadi. Akan tetapi, penghasilannya akan merosot dengan usia yang meningkat dan cara hidup tidak sihat seperti pemakanan yang rendah nutrien yang memberi tenaga, serta tinggi kandungan lemak dan gula, pencemar persekitaran, stres dan kurang bersenam. Hasilnya, anda akan berasa lesu, mengantuk dan mudah berasa letih.


Tingkatkan Tenaga Anda dengan Polifenol dan CoQ10

Tinggi dengan antioksida, polifenol membantu meningkatkan prestasi sel ke tahap optima, menambah jumlah mitokondria dalam sel. Sebagai pekerja dalam stesen-stesen penjana tenaga, CoQ10 diperlukan untuk mengecas badan, memperbaharui tenaga agar badan anda berfungsi lebih efektif.


Pasangan Pembekal Tenaga

Adalah amat penting untuk sentiasa membekalkan tenaga kepada badan kita supaya kita boleh hidup dengan cergas setiap hari. Berita baiknya adalah, anda boleh berbuat demikian dengan nutrisi yang betul bersama Shaklee.




CoQ-Trol Plus: Sumber Semulajadi Coenzyme Q10

 


CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.

Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.



Info lanjut, KLIK>>> Produk Terbaru 2018: CoQ-Trol Plus

RUJUKAN/Kajian Saintifik

  1. Alexandra F., Simone O., Petra N., Thomas M., Matthias L., Gerald R., Frank D., Coenzyme Q Status as a Determinant of Muscular Strength in Two Independent Cohorts, https://doi.org/10.1371/journal.pone.0167124
  2. Bang S.C.,Ho S.S.,Hee R.K., Tae W. P.,Tae D.K.,Bong J.C.,Chang J.K.,Sang S.S., Effect of coenzyme Q10 on cutaneous healing in skin-incised mice, Archives of Pharmacal Research June 2009, Volume 32, Issue 6, pp 907–913
  3. Folkers-K. Langsjoen-P. Langsjoen-P-H. Therapy with coenzyme Q10 of patients in heart failure who are eligible or ineligible for a transplant. Biochem- Biophys-Res-Commun. 1992 Jan 15. 182(1). P 247-53.
  4. Serebruan VI, Ordonez JV, Herzong WR, Rohde M, Mortensen SA, FOlkers K, Gurbel PA. Dietary coenzyme q10 supplementation alters platelet size and inhibits human vironectin (CD51/CD61) receptor expression. J Cardiovasc Pharmacol. 1997; 29(1):16-22.
  5. Peter H. Langsjoen, M.D., F.A.c.c. The clinical use of HMG CoA-reductase inhibitors (statins) and the associated depletion of the essential co-factor coenzyme Qlo; a review of pertinent human and animal data.
  6. Sedigheh A., Reihane B., Akram G., Azadeh N., Antioxidant supplements and semen parameters: An evidence based review Int J Reprod Biomed (Yazd). 2016 Dec; 14(12): 729–736.
  7. Safarinejad M.R., Safarinejad S., Shafiei N., Safarinejad S., Effects of the reduced form of coenzyme Q 10 (ubiquinol) on semen parameters in men with idiopathic infertility: a double-blind, placebo controlled, randomized study. J Urol. 2012;188:526–531.
  8. Knott, A., Achterberg, V., Smuda, C., Mielke, H., Sperling, G., et al. (2015) Topical treatment with coenzyme Q10-containing formulas improves skin’s Q10 level and provides antioxidative effects. BioFactors 41, 383–390.

Hafid Sulaiman
Whatsapp 013-3727.508
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...