Friday 31 October 2014

Kenapa Cepat Lapar Walaupun Selepas Makan?


Setiap manusia pasti melalui masalah dalam hal pemakanan. Anda mungkin mempunyai masalah kekurangan, kelebihan dan ketidakseimbangan dari segi nutrien. Saya ingin mengutarakan di sini tentang satu situasi di mana anda baru sahaja menikmati hidangan makanan, namun tidak berapa lama kemudian anda sudah kembali berasa lapar kembali. Kenapa anda cepat lapar walaupun selepas makan?

Thursday 30 October 2014

Vitamin C Sebagai Antioksidan

Vitamin C mencegah pelbagai penyakit seperti kanser


Vitamin C adalah salah satu daripada antioksidan yang berfungsi mencegah pelbagai jenis penyakit. Sebagai antioksidan, fungsi utamanya adalah untuk meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca penyakit di peringkat sel. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa dengan menambah antioksidan seperti vitamin C di dalam hidangan harian, risiko untuk mendapat penyakit semakin rendah. Vitamin C sebagai antioksidan ini akan memungut, menghapuskan atau meneutralisasikan radikal bebas. Selagi wujud keseimbangan antara radikal bebas dalam badan dan antioksidan seumpama vitamin C yang menghapuskannya, maka boleh dikatakan bahawa tahap kesihatan anda adalah baik.

Wednesday 29 October 2014

Antioksidan Melawan Radikal Bebas

Antioksidan Melawan Radikal Bebas

Seorang anak kecil yang tidak boleh dipisahkan dengan bantal busuknya, apabila ada seseorang yang dengan sengaja mengambil dan menyorokkan bantal tersebut, sudah pasti keadaan tidak akan terkawal selepas itu. Jika tiada yang mengawal dan mententeramkannya, maka ia akan menjadi lebih parah. Begitulah yang saya boleh gambarkan tentang radikal bebas. Radikal bebas menyebabkan banyak penyakit yang memporak perandakan tubuh anda. Antioksidan datang sebagai penyelamat bagi mewujudkan keseimbangan dalam badan. Maka kerana itu, di dalam makanan harian anda, perlu dimasukkan makanan yang berfungsi sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas.

Saturday 25 October 2014

Kenapa Lelaki Ambil Supplement Vitamin C?


Kenapa Lelaki Ambil Supplement Vitamin C


Saya tak pasti berapa ramai lelaki yang mengambil supplement vitamin C. Mungkin tak ramai jika dibandingkan dengan perempuan. Lelaki mungkin lebih berminat dengan supplement protein, minuman tenaga, kopi kuat, ubat perangsang seks dan produk lain yang boleh meningkatkan prestasi dan stamina. Namun kepentingan vitamin C tidak boleh dipertikaikan kerana ia terlibat di dalam banyak fungsi tubuh. Sebahagian lelaki yang mengambil supplement vitamin C mempunyai sebab tertentu yang sangat baik untuk kesihatan menyeluruh. 

Thursday 23 October 2014

Perlukah Lelaki Mengambil Supplement Kesihatan?


Perlukah Lelaki Ambil Supplement Kesihatan


Ramai berbicara sama ada lelaki perlu mengambil supplement kesihatan atau tidak. Di pasaran, terdapat banyak supplement kesihatan khusus untuk lelaki. Lihat sahaja di kaca televisyen, beberapa artis lelaki menjadi duta kepada supplement kesihatan tersebut. Semuanya mempunyai tujuan yang murni iaitu meningkatkan kesihatan lelaki khususnya untuk memberikan tenaga yang berpanjangan sepanjang mereka bekerja. Sibuk dengan urusan kerja, di samping aktif dengan pelbagai aktiviti termasuk sukan memerlukan seorang lelaki itu mengambil supplement kesihatan yang pelbagai.

Wednesday 22 October 2014

Lelaki Mencari Ubat Perangsang Seks




Lelaki mana yang tidak mahu menjadi hebat di ranjang. Rasa malu apabila pasangan merendahkan kemampuan anda. Maka kerana itu lelaki mencari sesuatu yang hebat. Inginkan sesuatu yang memberikan tenaga sampai pagi, menguatkan, membesarkan, memanjangkan, mengukuhkan dan macam-macam lagi. Dan yang penting, produk itu memberikan kesan segera agar dapat dinikmati. Ubat perangsang seks menjadi bualan dan carian lelaki untuk memuaskan pasangan. Lelaki mencari ubat perangsang seks atau ubat kuat sehingga mereka lupa apa sebenarnya yang sepatutnya mereka cari untuk kesihatan badan keseluruhannya.

Monday 20 October 2014

Cegah Sakit Lutut Sebelum Parah.

cegah sakit lutut.

Anda seorang yang aktif, tetapi sakit lutut sering kali mengganggu aktiviti anda. Berjalan sikit, dah rasa sakit lutut. Tulang lutut dirasakan seperti bergesal. Sakitnya hanya empunya badan yang tahu. Ini mungkin berpunca disebabkan lendir antara sendi ligamen dan tendon dibahagian tulang lutut sudang semakin kurang. Inilah yang menyebabkan sakit lutut atau sakit sendi pada kebanyakan orang. Apabila usia meningkat, anda perlu menyedari bahawa tubuh anda juga akan kehilangan upaya untuk mengekalkan struktur tulang rawan dan sendi sihat. Maka, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk berusaha mencegah sakit lutut sebelum parah.

Makan Brokoli Untuk Kurangkan Risiko Kanser Prostat.



Kanser prostat merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Ia adalah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Tahukah anda bahawa kanser prostat dapat dielakkan melalui pemakanan yang berkhasiat. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan anda. Seseorang lelaki juga perlu mengetahui makanan apa yang sesuai dimakan untuk kesihatan lelaki. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi 1 jenis sayuran yang mudah untuk anda amalkan dalam hidangan harian anda. Brokoli adalah antara sayuran yang membantu kurangkan risiko kanser prostat.

Sunday 19 October 2014

Punca Obesiti Dalam Kalangan Lelaki



Umur meningkat dan saiz ukuran pinggang juga meningkat. Itu menunjukkan anda sedang menuju obesiti. Sejarah menyatakan bahawa obesiti merupakan masalah klasik. Ketika zaman Rom, lelaki dan wanita yang obesiti perlu membayar pajak lebih tinggi untuk makanan dan minuman yang dibeli. Sebahagian lelaki tidak menyedari bahawa dirinya sedang menuju ke obesiti. Apabila seorang lelaki itu sedar bahawa dia adalah obesiti, dia memerlukan masa yang lama untuk kembali ke saiz tubuh yang ideal. Banyak punca berlakunya obesiti dalam kalangan lelaki yang jika anda tidak menyedarinya, ia boleh membawa kepada ancaman penyakit yang akan menyusahkan hidup anda.

Saturday 18 October 2014

Ancaman Penyakit Ke Atas Lelaki Obesiti



Obesiti sudah menjadi masalah popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kesedaran untuk mencegah obesiti harus dipertingkatkan sesuai dengan peredaran zaman. Lelaki obesiti harus berwaspada daripada ancaman penyakit yang pelbagai. Bagi mereka yang BMInya masih lagi di tahap yang baik, anda juga harus berwaspada dengan melakukan langkah pencegahan dari awal untuk elakkan ancaman penyakit disebabkan obesiti. Walaupun lelaki obesiti kelihatan sihat diluar namun ancaman penyakit yang pelbagai mungkin akan menyerang secara senyap.

Supplement Untuk Lelaki: Pengedar Shaklee Shah Alam



Supplement atau makanan tambahan sudah semakin menjadi popular dalam kalangan ramai masyarakat Malaysia. Kaum lelaki tidak ketinggalan mencari produk-produk tertentu untuk kesihatan lelaki khususnya yang berkaitan dengan bagaimana menjadi lelaki perkasa. Apa sahaja produk supplement untuk lelaki perlu untuk anda selidiki agar ia tidak memudaratkan anda di kemudian hari. Mungkin supplement untuk lelaki tersebut memberikan kesan yang cepat  dilihat, namun mempunyai kesan negatif jangka panjang. Saya sebagai pengedar Shaklee Shah Alam menawarkan bantuan untuk mendapat supplement untuk lelaki yang berkualiti yang dijamin selamat bersumberkan alam semula jadi.

Friday 17 October 2014

Apa Yang Disukai Belum Tentu Membawa Kebahagiaan



Kehidupan anda terus berjalan dan hari-hari dilalui dengan penuh kegembiraan. Setiap hari anda melakukan apa yang anda suka kerana menganggapnya itulah yang membawa kebahagiaan. Itu memang fitrah manusia. Namun ingatkah anda dengan Kalam Tuhan yang mengingatkan manusia bahawa boleh jadi apa yang disukai itu belum tentu membawa kebahagiaan kepada anda. Dan boleh jadi juga, apa yang dibenci itu sebenarnya kebahagiaan untuk anda.

Thursday 16 October 2014

Kalsium: Keperluan Untuk Tulang Yang Kuat




Anda pasti mengetahui bahawa kalsium adalah keperluan untuk tulang yang kuat dan sihat. Hampir semua kalsium yang ada di dalam tubuh anda terdapat di dalam tulang. Kalsium diperlukan untuk membina struktur tulang dan gigi serta fungsi saraf dan otot. Apabila umur semakin meningkat, keperluan kalsium juga perlu ditingkatkan agar apabila semakin berusia, anda dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan tulang kerana anda mempunyai jisim tulang yang baik dan kuat.

Thursday 9 October 2014

Supplement Untuk Lelaki: Pengedar Shaklee Klang.



Setiap orang ingin memastikan mendapat nutrien yang cukup setiap hari. Namun sering kali apa yang dihidangkan tidak memenuhi keperluan nutrien harian. Dan kadang-kadang ia melebihi apa yang diperlukan. Maka disebabkan itu, anda dengan kesedaran untuk memenuhi keperluan nutrisi anda, anda ingin mengambil supplement atau makanan tambahan. Ini adalah cara yang semakin popular sekarang untuk memastikan anda mendapat nutrien yang mencukupi seharian. Jika anda seorang lelaki, saya pengedar Shaklee Klang ingin membantu anda memperoleh supplement untuk lelaki yang dihasilkan oleh Shaklee yang bersumberkan daripada bahan semula jadi terbaik dan berkualiti.

Wednesday 8 October 2014

Anak Sering Demam dan Selesema





Anak anda sering demam dan selesema? Ditambah pula dengan cuaca yang tak menentu. Demam dan selesema mungkin disebabkan sistem pertahanan diri atau sistem imun anak anda yang lemah. Ini menyebabkan anak anda sering demam dan selesema. Situasi ini menyebabkan anda risau tentang perkembangan tumbesaran anak anda. Di tambah pula dengan sikap anak anda yang sering kali mengelak untuk makan sayuran dan buah-buahan. Anda menyedari bahawa pemakanan yang lengkap untuk anak anda mampu untuk mengelakkan mereka daripada sering demam dan selesema.

Friday 3 October 2014

Glukosamin Membantu Mengatasi Sakit Lutut.


Apabila usia anda semakin meningkat, tubuh turut kehilangan keupayaan untuk memperbaharui dan mengekalkan struktur tulang rawan dan sendi sihat. Situasi ini menyebabkan anda sukar bergerak. Sakit lutut menyebabkan aktiviti yang mudah menjadi sukar. Masalah sakit lutut disebabkan rawan yang lemah dan rapuh, tisu penghubung yang terurai dan geseran yang akhirnya menyebabkan ketidakselesaan. Tubuh tidak mampu memperbaiki kerosakan di sendi. Ini kerana Glukosamin (GS-Glucosamine Sulphate) yang merupakan bahan semula jadi dalam tubuh untuk memperbaiki radang sendi, tidak dikeluarkan oleh tubuh secara mencukupi.

Thursday 2 October 2014

Masalah Membantu Menemui Makna Hidup



Masalah dapat membantu seseorang menemui makna dan tujuan hidup. Pemahaman tentang makna kehidupan merupakan pemahaman tentang alasan keberadaan hidup manusia dan apa yang menjadi tujuan hidupnya. Ketika seseorang hidup di dalam kesenangan dan penuh keselesaan, pengertian makna kehidupan selalunya dipandang remeh. Bahkan ia sering kali lupa tentang makna hidup. Dorongan untuk mengenali makna hidup sering datang melalui penderitaan dan masalah di dalam kehidupan.

Anda Membeli Air Minuman Atau Sampah?

 
Kredit: liputanseadanya
Anda suka mudah dan cepat. Rasa dahaga, singgah ke kedai serbaneka, pergi ke peti sejuk dan dapatkan air minuman sebotol yang harganya mungkin dalam RM1 paling murah untuk 500ml. Mudah bukan. Ada di mana-mana. Selepas minum, anda buang sahaja di dalam tong sampah. Maka jadilah ia sampah yang tidak berguna.. Tapi bila difikirkan kembali, adakah anda sebenarnya telah membeli air minuman atau sampah???

Wednesday 1 October 2014

Vitamin C Itu Telah Hilang

Kenapa kurang vitamin C dalam makanan harian

Vitamin C atau Asid Askorbik merupakan vitamin larut air. Vitamin C mudah diperoleh daripada buah-buahan beri, buah-buahan sitrus dan sayuran hijau. Vitamin C boleh hilang semasa memasak atau semasa dimasukkan ke dalam air masakan. Pemotongan dan membiarkan buah-buahan dan sayuran terdedah kepada udara boleh menyebabkan kehilangan vitamin C yang banyak. Jadi, apa yang anda makan hanyalah makanan tanpa Vitamin C yang telah hilang atau yang semakin berkurangan.

Pilihan Yang Selamat, Elakkan Bahaya.


Perkataan selamat menggambarkan ia jauh daripada bahaya. Siapa yang sukakan bahaya. Bahaya mengundang mudarat pada diri. Setiap individu akan sentiasa menyediakan dirinya berada pada zon yang selamat. Tak kira dalam apa jua keadaan. Anda juga begitu. Anda inginkan kediaman yang selamat, makanan yang selamat, kenderaan yang selamat, pakaian yang selamat, dan apa sahaja yang boleh mengelakkan seseorang daripada bahaya. Namun, kadang-kadang anda juga sengaja mengundang bahaya, mungkin secara sedar atau pun tidak. Anda tahu, ada pilhan lain yang selamat, tetapi mungkin ‘mahu’ itu menguasai ‘tahu’.

Vitamin C Menguatkan Sistem Imun


Selain daripada aktiviti fizikal, tidur yang cukup, riadah dan kebersihan diri yang baik, cara pemakanan sangat penting untuk mempertahankan dan membina sistem imun tubuh. Sistem imun yang kuat memerlukan kepada vitamin dan mineral yang diserap daripada apa yang anda makan. Dengan itu anda dapat mengelakkan diri anda daripada penyakit yang berbahaya. Salah satu daripada vitamin yang penting untuk sistem imun adalah Vitamin C. Vitamin C menguatkan sistem imun. Vitamin C merupakan antioksidan yang bertindak melawan radikal bebas. Radikal bebas dan toksin yang masuk ke dalam badan anda akan dinyahkan oleh antioksidan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...