Monday 30 June 2014

Sakit Kepala dan Migrain Yang Mengganggu Urusan Harian

Atasi migrain dan sakit kepada dengan B Complex dan Ostematrix

Ali seorang pelajar ijazah kedoktoran dalam bidang ekonomi di sebuah universiti tempatan. Rutin hariannya yang sibuk dengan tugasan harian sebagai seorang pelajar PHD ditambah pula dengan tanggungjawab beliau sebagai ketua keluarga sering kali menimbulkan stress.

Menghadap komputer setiap hari, membaca buku, jurnal, kertas-kertas kerja, dan perlu menghadamkan banyak teori baru serta melakukan kajian lapangan menambah stress.

Saturday 28 June 2014

Bersahur Dengan Makanan Berkhasiat Untuk Tenaga Sepanjang Hari.


Ramadan al-Mubarak…

Esok 1 Ramadan… Hari Ahad… Bersediakah kita untuk menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini???

Persiapan rohani dan jasmani sangat penting..

Pastikan juga kita mempunyai ilmu yang cukup untuk menjalani ibadah.

Ibadah mesti ikut apa yang diajar oleh Nabi salla Allah 'alayh wa sallam.. Puasa Nabi macam mane? Qiyam Nabi macam mana? Iktikaf Nabi macam mana? Semuanya perlu kita rujuk kembali supaya amalan kita bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam.

Friday 27 June 2014

Tiupan Yang Dahsyat dan Menggerunkan




Salam Jumaat. 

Jumaat yang mulia, Jumaat yang penuh barakah, Jumaat yang penuh rahmat. Jumaat yang disebut oleh Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam, hari di mana ada satu masa yang Allah akan memakbulkan doa hambanya.

Hari di mana, sebaik-baik matahari terbit.

Hari di mana Adam diciptakan, dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan.

Thursday 26 June 2014

Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dengan COQ10


Azman berasa runsing apabila selesai menjalani pemeriksaan kesuburan yang dilakukan. Dia tidak cukup subur untuk menghamilkan isterinya. Hatinya tidak keruan. Sebelum berkahwin dia yakin bahawa dirinya adalah normal dan subur serta akan berjaya menghamilkan isterinya. Namun selepas 3 tahun perkahwinannya dengan isterinya, mereka masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Keluarga masing-masing sering kali mengusik dan usikan itu sering kali menambah tekanan kepada mereka. Namun alasan demi alasan direka untuk menutup kelemahan diri.

Wednesday 25 June 2014

Cegah Obesiti Dengan Protein



ESP membantu anda mencegah obesiti

Gaya hidup menyebabkan seseorang boleh menjadi obesiti. Dan dengan gaya hidup juga seseorang boleh mencegah obesiti.  Adakah anda takut diancam obesiti? Kalau ya, anda mesti seorang yang bersedia untuk berubah. Namun jika tidak, anda mungkin dalam kalangan orang yang apabila sudah terkena baru nak berubah. Tahukah anda bahawa protein membantu anda untuk cegah obesiti.

Tuesday 24 June 2014

Kentang Goreng, Sedap Dimakan, Bahaya Untuk Kesihatan.

Kentang goreng bahaya untuk kesihatan


Kentang goreng, siapa yang tidak sukakannya. Lebih-lebih lagi kalau ia rangup dan garing. Ditambah pula dengan perasa yang membangkitkan selera. Kalau anda pergi ke restoran makanan segera yang mudah ditemui di mana-mana, antara pesanan makanan yang wajib ada adalah kentang goreng.

Ia cepat disediakan, sedap, siapa sahaja akan menikmatinya. Tetapi tahukah anda,  biasanya makanan yang disediakan secara cepat, menyebabkan anda cepat gemuk. Dan bahaya untuk kesihatan.

Mereka Terancam Obesiti



Terancam obesiti

Selepas setahun bekerja, Zaid telah menyimpan semua bajunya yang dipakai semasa setahun bekerja. Seluar yang dibelinya untuk masuk bekerja pada hari pertama bekerja tidak lagi muat. Begitu juga dengan bajunya.

Padahal, setahun yang lalu, pemuda berumur 25 tahun ini, bertubuh kurus dan mudah untuk bertukar-tukar fesyen.

Kini, semua itu telah berlalu kerana dirinya kini memiliki berat badan yang berlebihan dengan dagunya yang berlipat, pinggang yang berisi dan perut yang buncit. Ya, dia terancam obesiti.

Thursday 19 June 2014

Minuman Tenaga Untuk Anda Yang Aktif Bersukan





Bersukan adalah aktiviti yang sangat bermanfaat untuk badan. Lain orang, lain minatnya. Orang bandar dan orang kampung juga mungkin berbeza minat mereka.

Di kampung, mungkin sukan yang paling terkenal bola sepak.. Habis bersukan, pergi cari buah kelapa, minum di tepi kali. Minuman tenaga semula jadi.

Tapi di bandar, pelbagai jenis sukan boleh anda lihat dan sertai.. Ramai orang yang aktif bersukan menceburi pelbagai jenis sukan untuk mencabar diri mereka.

Kombinasi Semua Vitamin B Untuk Lelaki Hebat.




Semua lelaki tahu bahawa vitamin B sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Tetapi 'tahu' sahaja belum cukup jika tidak digerakkan 'mahu'.  

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi???

Tekanan hidup berupaya meningkatkan risiko pengurangan vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan dan penyaluran tenaga bagi proses metabolisme.

Wednesday 18 June 2014

Multivitamin dan Multimineral Membantu Meningkatkan Kesihatan




Penjagaan kesihatan melalui pemakanan yang sihat merupakan cara yang terbaik untuk anda menjaga kesihatan. Namun kadang-kala terdapat kekurangan dalam hidangan harian yang anda makan. Pengambilan makanan tambahan atau supplement multivitamin dan multimineral membantu anda untuk meningkatkan kesihatan anda. 

Sunday 15 June 2014

Bagaimana Meningkatkan Kesuburan Lelaki




Anak-anak yang berlari, meriuhkan suasana rumah dengan tawa riang dan tangisan, menjadi satu impian yang wajib bagi setiap pasangan suami isteri. Anak-anak menjadi penyejuk mata, anak-anak juga menjadi aset bagi ibu bapa apabila mereka telah meninggal dunia. Doa anak yang soleh menjadi dambaan bagi ibu bapa yang mengharapkan amal soleh yang berterusan selepas kematian.  

Tuesday 10 June 2014

10 Manfaat Zink Untuk Lelaki

Credit Image: www.thatsitfruit.com

Untuk mencapai tahap kesihatan yang optimun, seseorang lelaki itu perlu memastikan keperluan harian zink dipenuhi melalui hidangan harian. Mineral zink ini memberikan kesan yang sangat luar biasa sehinggakan para pengkaji mengatakan bahawa ia adalah elemen yang penting dan kritikal. Ini kerana sedikit kekurangannya akan memberi masalah yang besar kepada kesihatan manusia. Zink sangat bermanfaat untuk lelaki.

Zinc Complex Keperluan Bagi Lelaki

Zink untuk keperluan lelaki

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh. Ia merangsang tindakan bagi lebih 300 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh.  Ia perlu untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan dan juga penting untuk sintesis protein dan bahan genetik DNA.

Sunday 8 June 2014

Diet Rasulullah: Halal, Baik dan Jangan Membazir.





Secara umumnya prinsip Rasulullah di dalam diet harian baginda adalah halal dan baik serta tidak mengikut jejak langkah syaitan iaitu tidak berlebih-lebihan dan tidak membazir. 

Sebagai umat Nabi Muhammad salla Allah alayh wa sallam yang ingin mengikut sunnah baginda, hendaklah kita mengikuti prinsip umum ini. Selagi mana makanan yang kita makan itu halal, baik, berkhasiat, mengikut keperluan tubuh, tidak membazir dan berlebihan, maka kita telah mengikuti sunnah dalam menjaga kesihatan badan.

Saturday 7 June 2014

Supplement for Men: Power of protein for Long-Lasting Energy



High Protein Food

Protein Power Up. Protein Is essential building block for health – critical for muscle building and retention, tissue repair, immunity, and virtually every other function in the body. 

Protein also may help to ward off hunger and boost energy. 

Dr Shaklee created the first protein isolate in 1961 and our product contain the highest quality soy and dairy proteins to help sustain energy, vitality and stamina.

Protein Untuk Tenaga Sepanjang Hari, Jom Pilih ESP


Protein merupakan asas blok binaan untuk kesihatan yang kritikal dalam pembinaan dan pengekalan otot, pemulihan tisu, keimunan dan hampir keseluruhan fungsi badan. Selain itu juga, protein dapat membantu menangkis kelaparan dan melonjakkan tenaga. Jika anda seorang lelaki yang aktif sama ada di tempat kerja atau di luar, anda memerlukan protein yang berkualiti dan terbaik untuk kesihatan anda. Protein soya yang dikeluarkan oleh Shaklee merupakan supplement protein terbaik untuk anda seisi keluarga. Ia membekalkan protein untuk tenaga sepanjang hari di samping memberikan banyak faedah kesihatan untuk anda.

Supplement For Men: Natural Vitamin C


Our body loses vitamin C during everyday activities.  Sustained Release Vita-C helps with the continuous replenishment of this vitamin.  

All natural Sustained Release Vita-C 500mg helps to provide vitamin C as needed. Vitamin C helps to support healthy bones, teeth, gums, as well as the general make-up of the body.

Produk Lelaki: Vitamin C Untuk Lelaki


Tahukah anda bahawa tubuh sering kehilangan Vitamin C semasa melakukan aktiviti harian? Adakah anda sedar, sama ada apa yang anda makan setiap hari, membekalkan keperluan vitamin C yang mencukupi untuk tubuh anda? Bagaimana anda ingin memastikan Vitamin C anda sentiasa mencukupi agar anda terus kekal sihat bertenaga???

Thursday 5 June 2014

Sumber Tenaga Untuk Lelaki Hebat



Untuk menambah tenaga, seseorang lelaki hebat memerlukan tidur yang mencukupi, sentiasa bersenam dan makanan yang menjadi sumber tenaga. 

Makanan yang menjadi sumber tenaga sangat penting untuk kita kekal bertenaga sepanjang hari untuk menjadi lelaki hebat. Gabungan makanan yang memenuhi nutrien keperluan badan membantu kita untuk sentiasa sihat dan mendapat berat badan yang baik. 

Karbohidrat, protein dan lemak/lipid adalah makanan yang membekalkan sumber tenaga utama kepada kita.

Monday 2 June 2014

Vitamin C: Kenali dan Ketahui




Vitamin C adalah vitamin larut air juga dikenali sebagai Ascorbic Acid. Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia.
 .
Vitamin C boleh diambil daripada sumber semulajadi (dari makanan) ataupun yang disintesis (L – Ascorbic Acid). Ia adalah sama secara kimianya dari segi fungsi di dalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.

Manfaat Vitamin Dan Mineral Utama


Di dalam diet harian, anda perlu memastikan apa yang anda makan itu berkhasiat dan memberikan manfaat kepada diri anda. Terdapat 12 vitamin dan 7 mineral utama yang perlu kita penuhi di dalam diet pemakanan harian kita. Seseorang yang prihatin, akan memerhatikan apa yang dia makan. 

Persoalannya, “Adakah anda prihatin dengan apa yang anda makan?”

12 Sebab Anda Perlu Ambil Supplement





Ramai yang menimbulkan persoalan, “Kenapa aku perlukan supplement…?? Bukankah cukup kalau makan makanan harian yang berkhasiat sahaja..??” Jawapan yang mudah dari saya, tabiat pemakanan yang baik dengan tambahan daripada supplement adalah satu kombinasi terbaik untuk kesihatan yang optimum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...