Tuesday, 10 June 2014

10 Manfaat Zink Untuk Lelaki

Credit Image: www.thatsitfruit.com

Untuk mencapai tahap kesihatan yang optimun, seseorang lelaki itu perlu memastikan keperluan harian zink dipenuhi melalui hidangan harian. Mineral zink ini memberikan kesan yang sangat luar biasa sehinggakan para pengkaji mengatakan bahawa ia adalah elemen yang penting dan kritikal. Ini kerana sedikit kekurangannya akan memberi masalah yang besar kepada kesihatan manusia. Zink sangat bermanfaat untuk lelaki.

Zink diperoleh daripada sumber yang kaya dengan zat besi seperti daging, ikan, bijirin penuh dan oyster. Jom baca 10 manfaat zink untuk lelaki:

10 Manfaat Zink Untuk Lelaki


#1.  Zink dan pemulihan sel

Kehidupan yang aktif dan kerja berat sama ada di tempat kerja, di gym atau di rumah menyebabkan tekanan lebih banyak kepada sistem otot. 

Kebanyakan tempat penyimpanan  zink didapati di dalam otot, di mana peranannya dalam pembinaan sel dan pembaikan amat berguna selepas aktiviti berat.

Bersenam dengan latihan berat atau membuat kerja-kerja berat memberi bebanan kepada otot. Ketika kita berehat, otot kita tumbuh semula dengan lebih besar dan kuat. 

Zink merupakan komponen penting dalam proses ini, yang mana ia menyediakan struktur yang betul kepada sel-sel dan protein untuk membantu mendapat rehat yang mencukupi.

Zink berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein seterusnya merangsang regenerasi sel.

#2.  Zink dan Tiroid

Zink merupakan mineral penting yang membantu menghasilkan thyroid-releasing hormones (TRH) yang memberi signal dalam otak anda untuk membuat hormon perangsang tiroid- thyroid-stimulating hormone (TSH). Untuk lelaki, kegagalan fungsi ini juga menghasilkan tahap testosteron yang rendah.

Menurut beberapa kajian, tahap zink rendah dikaitkan dengan T3 (triiodothyronine) rendah (hormon tiroid aktif), dan keupayaan yang kurang untuk menukar T4 (thyroxine) kepada T3. Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

#3.  Zink dan sistem imun

Dengan melazimi pengambilan diet yang kaya dengan anti oksidan, anda dapat mempertingkatkan kekebalan sistem imun. Salah satunya adalah melalui mineral zink. Anti oksidan sangat penting untuk badan bagi melawan radikal bebas. 

Zink meningkatkan pengeluaran sel-sel darah putih yang melawan jangkitan dan membantu mereka melawan secara lebih agresif. Ia juga meningkatkan sel-sel pembunuh yang melawan kanser dan membantu sel-sel putih melepaskan lebih antibodi. Zink meningkatkan jumlah sel-sel T untuk mempertingkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.


#4.  Zink dan kepala botak/keguguran rambut.

Zink boleh menggalakkan pertumbuhan rambut dengan meningkatkan fungsi sistem imun.

Menurut kajian, lelaki yang makan potongan daging tanpa lemak mempunyai kebarangkalian yang kurang untuk botak daripada mereka yang makan potongan lemak daging. Salah satu sebab adalah bahawa daging lembu adalah sumber terbaik zink, dan tidak mendapat cukup zink boleh membawa kepada keguguran rambut. 

Makanan tambahan zink boleh membantu melindungi daripada kehilangan rambut di kalangan lelaki yang tidak makan diet yang seimbang. Dos yang disyorkan untuk keguguran rambut adalah 50 hingga 100 miligram sehari, dan makanan tambahan zink boleh didapati di farmasi atau kedai makanan kesihatan.


#5.  Zink dan masalah jerawat

Adakah anda berasa ‘down’ disebabkan jerawat yang mencacatkan penampilan anda? 

Zink boleh membantu untuk merawat dan mencegah jerawat. Malah, beberapa bentuk jerawat mungkin disebabkan oleh kekurangan zink. 

Sama ada ia diambil sebagai makanan tambahan atau digunakan dalam ubat sapu topikal dalam bentuk gluconate zink atau zink sulfat.

Zink boleh membantu parut jerawat sembuh lebih cepat, mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh jerawat dan membantu mengawal aktiviti kelenjar minyak kulit yang disebabkan oleh perubahan hormon.

Zink memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit secara keseluruhan, dan ia juga boleh merawat ekzema, psoriasis, kelemumur, terbakar dan bisul. Ia juga membantu luka kulit sembuh dengan cepat.

Jangan mengambil lebih daripada 100 miligram sehari untuk jerawat - dos yang lebih tinggi boleh meningkatkan risiko kanser prostat. 

#6.  Zink dan selesema

Adakah anda sering selesema atau bersin? Zink sangat bermanfaat mengurangkan gejala selesema dan demam.

Individu yang memiliki sistem pertahanan tubuh lemah yang kekurangan zat makanan, berisiko mengalami demam selsema lebih tinggi.

Zink boleh membantu mengurangkan tempoh selesema atau mengurangkan gejala selesema. 

Ia penting dalam pembentukan sel darah putih yang membantu sistem imun. Paras zink yang rendah boleh memberikan implikasi negatif terhadap sistem imun.


#7.  Zink dan Kanser Prostat

Sebagai lelaki yang semakin tua, mereka cenderung untuk kurang bersenam dan amalan diet mereka berubah. Ini menyebabkan nilai harian zink yang sepatutnya diambil  juga berkurangan. 

Lelaki yang tidak memenuhi tahap keperluan zink dalam diet mereka punyai risiko yang lebih tinggi pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia, atau BPH) dan prostatis (radang prostat). Mereka juga mempunyai risiko kanser prostat yang lebih tinggi.

Kandungan zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain.

Tambahkan zink di dalam diet harian anda untuk mengelakkan anda daripada risiko kanser prostat.


#8.  Zink dan sperma.
Anda mempunyai perancangan untuk mendapatkan zuriat?

Anda dapat melakukan hubungan seks dengan baik dan mempunyai sperma yang banyak..... namun ia tidak mencukupi.

Kuantiti, Kualiti dan Motility adalah penting untuk sperma yang sihat dan subur.

Motility Sperma merujuk kepada kekuatan dan ketahanan sel sperma untuk berenang ke arah telur dan melakukan persenyawaan. Dan motility Sperma yang rendah adalah salah satu punca utama ketidaksuburan di kalangan lelaki.

Motility sperma diukur secara berbeza daripada jumlah sperma. Daripada jumlah bilangan, motility sperma mencerminkan peratusan sperma yang bergerak ke hadapan. Jika anda mempunyai kiraan motility sperma di bawah 50 %, ia antara petanda anda kekurangan nutrien antaranya adalah zink.


#9.  Zink dan seksual.

Zink disebut sebagai “The Ultimate Sex Mineral” di dalam Men’s Health Magazine.

Zink sangat memberi kesan kepada kesuburan, sperma yang sihat, nafsu seks dan kesihatan seksual untuk jangka masa panjang.

Para saintis di Wayne State University School of Medicine in Michigan membuat kajian tentang kesan zink pada tahap testosteron pada lelaki antara umur 20 dan 80 tahun. 

Kajian ini mendedahkan bahawa orang-orang muda yang pengambilan zink secara sedikit selama 20 minggu mengalami penurunan testosteron, manakala lelaki tua yang rendah zink mengambil makanan tambahan zink untuk enam bulan mengalami peningkatan dalam pengeluaran testosteron.


#10.  Zink dan anti oksidan
Zink merupakan antioksidan yang sangat baik. Tujuan antioksidan adalah untuk menghapuskan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kepada sel-sel dalam badan dengan mengikat mereka dan meneutralkan mereka.

Zink adalah baik pada menangani kesan kerosakan daripada kandungan iron yang tinggi. Zink juga menghapuskan radikal bebas yang menyebabkan keradangan dan amat berkesan untuk detoksifikasi logam berat dari otak.


10 manfaat Zink untuk lelaki
Credit: www.nftips.com


 ================== 

Anda memerlukan zink untuk mengatasi cabaran-cabaran kehidupan di atas.

Kami akan membantu anda untuk mendapat 100% keperluan zink harian anda.

Ia Selamat, Semula jadi dan InsyaAllah berkesan.

Baca Juga: Supplement lelaki: Zink Khazanah Lelaki Hebat

DAPATKAN ZINC PLUS SHAKLEE SEKARANG.

KLIK>> ZINC PLUS



Abang Pengedar Shaklee
013-3727.508
Page: Kesihatan Adalah Anugerah



Pengedar Shaklee Klang : Pengedar Shaklee Shah Alam : Pengedar Shaklee Setia Alam : Pengedar Shaklee Kapar : Pengedar Shaklee Meru

<<< Supplement Lelaki 4u >>>
<<< Produk Kesihatan Lelaki >>>




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...