Thursday, 27 November 2014

Tips Meningkatkan Kesihatan Zakar Secara Semula Jadi

Tips untuk mengatasi masalah ereksi zakar yang lemah secara semula jadi.


Apabila anda membicarakan tentang kesihatan lelaki, topik yang sering dibincangkan adalah tentang kesihatan zakar. Zakar yang tegang, keras, panjang, tahan lama dan macam-macam lagi kriteria yang menjadi idaman lelaki. Pelbagai cara dilakukan oleh lelaki untuk meningkatkan kesihatan zakar secara semula jadi atau pun melalui cara yang pelbagai pada zaman kini.

Apa yang perlu anda tahu tentang masalah kesihatan Zakar


Antara masalah yang berlaku ke atas zakar anda adalah kurang tegang atau kurang keras atau disebut juga sebagai ereksi zakar lemah. Banyak faktor yang menjadikan zakar anda kurang tegang. Antaranya faktor kesihatan atau fisiologi dan faktor emosi atau psikologi.

Jika anda mengalami masalah ereksi zakar lemah atau kurang tegang ketika bersama isteri anda, terdapat satu petanda yang mudah untuk anda mengetahui penyebab atau faktor masalah anda.

Ereksi Luar Kawal waktu tidur dijadikan petanda terhadap masalah anda. Zakar lelaki normal akan tegang beberapa kali sewaktu tidur dan mungkin berkekalan sehingga anda bangun tidur.

Jika anda bangun pagi di dalam keadaan zakar anda tegang, anda mungkin mempunyai masalah dari sudut psikologi seperti stress atau emosi yang tidak stabil.

Dan jika anda tidak mempunyai ereksi luar kawal ketika tidur, anda mungkin mempunyai masalah fisiologi sama ada anda mempunyai masalah jantung, diabetes, gangguan sistem saraf atau kesan akibat pengambilan ubat-ubatan.

Tips Meningkatkan Kesihatan Zakar Secara Semula Jadi


Jika anda mengalami masalah ereksi zakar yang lemah, anda tidak perlu risau kerana anda boleh mengatasinya dengan pelbagai cara. Cara yang paling mudah adalah secara semula jadi. Anda hanya perlu ubah gaya hidup anda supaya kekal sihat dan cergas:

Makan Makanan Yang Seimbang.

Ini adalah sesuatu yang wajib diambil perhatian. Pastikan setiap hidangan yang anda makan memberikan khasiat yang menyeluruh untuk kesihatan anda terutamanya untuk jantung. Elakkan makanan yang meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL), kekalkan paras gula normal dan pilih makanan yang meningkatkan aliran darah ke zakar seperti bawang putih atau madu.

Ini adalah cara yang terbaik untuk anda meningkatkan kesihatan zakar anda. Dan bukan hanya zakar anda yang sihat tetapi tubuh anda secara keseluruhannya.

TAHUKAH ANDA: Pengambilan bawang putih membantu mengekalkan kesihatan zakar secara semula jadi. Ia membantu pengaliran darah yang normal ke bahagian zakar ketika ereksi zakar berlaku. Sangat membantu mereka yang menghidap tekanan darah tinggi dan ereksi zakar yang lemah atau mati pucuk.

Tidur Dan Rehat Yang Cukup.

Pastikan anda tidur dengan cukup agar psikologi atau emosi anda stabil. Kurang tidur akan mengganggu fungsi tubuh anda.

Senaman Secara Berkala

Melakukan aktiviti riadah secara berkala memberikan anda kecergasan yang berganda. Amalkan beberapa senaman atau petua yang diajar oleh orang lama untuk meningkatkan aliran darah dalam tubuh anda.
  

Hindarkan Merokok Dan Minuman Beralkohol

Telah banyak kajian yang menunjukkan pengambilan kedua-dua bahan ini menyebabkan zakar anda lemah.


Menjaga Emosi dan Urus Stress Dengan Baik

Stress adalah faktor psikologi yang menyebabkan ereksi zakar anda terganggu. Urus stress anda sama ada melalui pemakanan yang sihat atau melalui cara mendekatkan diri kepada Allah.



Jika anda mengalami masalah ereksi zakar yang lemah, cari puncanya terlebih dahulu. Anda boleh bertemu dengan pegawai perubatan untuk membantu menyelesaikan masalah anda. Tips-tips di atas boleh membantu anda menyelesaikan masalah ereksi anda, tetapi janganlah mengharapkan kesan yang segera. Mungkin ia mengambil masa yang panjang. Jangan berputus asa dan teruskan usaha.

Semoga bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan zakar anda.

Set Kesihatan Lelaki Daripada Shaklee membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan lelaki.
===================
SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE

Dengan slogan: “Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam”, Shaklee benar-benar memastikan apa yang menjadi pegangan mereka itu dilaksanakan.
===================
Jika anda berminat mendapat produk Shaklee yang terbaik, yang dijamin selamat,berkesan dan mesra alam, segera hubungi saya untuk khidmat rundingan dan pembelian.
===================

Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727508
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...