Ketegangan
atau ereksi zakar di waktu pagi dikenali sebagai Nocturnal Penile Tumescence
(NPT). Ia adalah ketegangan zakar secara luar kawal apabila bangun pagi dan
adakalanya berlaku pada waktu malam. Terdapat juga istilah lain yang digunakan
untuk ereksi luar kawal ini seperti ‘Membina Khemah di waktu pagi’, ‘morning
wood’ dan ‘morning steel’. Semuanya menunjukkan zakar tegang ketika bangun pagi.
Adakah Zakar Anda Tegang Ketika Bangun Pagi?
Lelaki normal mungkin mengalami
beberapa kali ereksi luar kawal sewaktu tidur dan biasanya bertahan sehingga
waktu bangun tidur. Ereksi ini berlaku ketika seseorang itu sedang tidur
nyenyak iaitu pada fasa REM (Rapid Eye Movement)
Ereksi luar kawal yang berlaku
waktu tidur dijadikan petunjuk bagi doktor atau pengamal perubatan untuk
mengetahui punca berlakunya kegagalan ereksi sama ada disebabkan faktor fisiologi
atau psikologi.
Baca Juga: Punca Kegagalan Ereksi: Apa Tindakan Anda.
Baca Juga: Punca Kegagalan Ereksi: Apa Tindakan Anda.
Fisiologi Atau Psikologi
Bagi lelaki yang mempunyai
masalah disebabkan faktor fisiologi, seperti mempunyai masalah tekanan darah
tinggi, diabetes atau jantung, mereka biasanya tidak mempunyai ereksi luar
kawal waktu tidur. Ia memberikan petanda ada masalah pada sistem saraf atau pun
pengaliran darah ke bahagian zakar.
Tetapi jika dia mempunyai
ereksi luar kawal kadang-kadang berlaku atau berlaku sekali sekala, seseorang
lelaki itu mungkin mengalami masalah disebabkan faktor psikologi seperti stress
atau tekanan kehidupan.
Jadi, jika anda rasa diri anda
semakin kurang mengalami ereksi zakar pada awal pagi, ia mungkin petanda anda
mempunyai masalah pada fungsi saraf dan aliran darah ke bahagian zakar.
Penyelesaiannya, anda harus
berjumpa dengan doktor atau pengamal perubatan yang bertauliah untuk anda
mendapatkan khidmat nasihat.
Baca Juga: Lelaki Perlu Ambil Tindakan Jika Ereksi Zakar Lemah
Baca Juga: Lelaki Perlu Ambil Tindakan Jika Ereksi Zakar Lemah
Di samping itu, anda boleh
mendapatkan supplement tambahan yang diluluskan oleh Kementerian untuk
meningkatkan kesihatan anda. Pastikan anda mendapat vitamin dan mineral yang
mencukupi untuk anda kembali bertenaga.
Dapatkan produk Set Kesihatan Lelaki Shaklee
Nak sihat, dengar nasihat.
Dapatkan produk terbaru daripada Shaklee yang membantu anda menjana tenaga utama anda.
Hafid Sulaiman
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBoleh tak cadangkan ubat supplement apa yg bagus...
ReplyDeleteTuan Shahzuan Nazim, sebelum saya cadangkan apa-apa supplement, tuan perlu tahu punca masalah. Tuan boleh baca entry pada link berikut:
Deletehttp://supplementlelaki4u.blogspot.my/2014/11/lelaki-perlu-ambil-tindakan-jika-ereksi-zakar-lemah.html
Kadang2 tu bangun tidur je seluar basah dgn air Mani...padahal sy masih bujang n tidur seorang diri...macamana tu? Adakah ia bermasalah???
ReplyDeleteItu namanya mimpi basah atau istilahnya nocturnal orgasm. Boleh terjadi kepada lelaki yang dah berkahwin dan belum berkahwin, bahkan ia adalah tanda-tanda aqil baligh.
DeleteAda banyak faktor penyebab mimpi basah seperti paras hormon testosterone yg tinggi, stress atau penat, suasana sekeliling dan lain-lain.
Seseorang lelaki perlu tahu, apa bila ia telah melalui mimpi basah, maka ia sudah wajib menjalankan kewajiban agama terutama solat. Jangan ditinggalkan... Barulah kehidupan kita aman sejahtera..
Kalau bangun pagi kalau tak tegang sakit ape ee?
ReplyDeleteKalau bangun pagi kalau tak tegang sakit ape ee?
ReplyDeleteBangun tdur zakar tegang. Itu tanda nya baik ke atau tidak baik ye. Admin
ReplyDelete