Tuesday, 22 May 2018

Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda




Setiap hari, jantung bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh anda menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum. Cintai jantung anda dengan memberikannya nutrien yang tepat. Kami mencadangkan anda menambah  Koenzim Q10 (CoQ10) dan asid lemak omega-3.


Bagaimana CoQ10 Membantu Jantung Anda


Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

Meningkatkan Peredaran Darah

Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri, meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

Mengoptimumkan Denyutan Jantung

Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung. Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.

Baca Lagi: CoQ Trol Plus

Bagaimana Asid Lemak Omega 3 Membantu Jantung Anda


Menyokong Kesihatan Saluran Darah

Terkenal dengan manfaat anti-keradangan, asid lemak omega-3 adalah penting dalam mencegah pembentukan plak dalam saluran darah anda, mengurangkan risiko anda mengalami penyempitan saluran darah, yang boleh menyebabkan anda berisiko
mengalami penyakit jantung.

Menyokong Tekanan Darah Sihat

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 membantu mengurangkan tahap trigliserida (lemak dalam darah) dan mengawal tekanan darah ke tahap yang sihat.

Baca Lagi: OmegaGuard

Apa Yang Kami Cadangkan Untuk Anda




Hubungi saya untuk menempah.

Abang Pengedar Shaklee
Whatsapp 013-3727.508

Rujukan:
1. PH, L. and K, F. (1990). A six-year clinical study of therapy of cardiomyopathy with coenzyme Q10. International Journal of Tissue Reactions, 12(3), pp.169-171.
2. Garrido-Maraver, J., D.Cordero, M., Orapesa-Avila, M., Fernandez Vega, A., Mata, M., Delgado Pavon, A., De Miguel, M., Perez Calero, C., Villanueva Paz, M., Cotan, D. and A.Sanchez Alcazar, J. (2014). Coenzyme Q 10 Therapy. Molecular Syndromology, 5, pp.187-197.
3. DiNicolantonio, J., Bhutani, J., McCarty, M. and O’Keefe, J. (2015). Coenzyme Q10 for the treatment of heart failure: a review of the literature. Open Heart, 2(1), p.e000326.
4. Fedacko, J. (2011). Coenzyme Q10 in Heart and Brain Diseases. The Open Nutraceuticals Journal, 4(1), pp.69-87.
5. Niklowitz, P., Sonnenschein, A., Janetzky, B., Andler, W. and Menke, T. (2007). Enrichment of coenzyme Q10 in plasma and blood cells: defense against oxidative damage. International Journal of Biological Sciences, pp.257-262.
6. Oleck, S. and Ventura, H. (2016). Coenzyme Q10 and Utility in Heart Failure: Just Another Supplement?. Current Heart Failure Reports, 13(4), pp.190-195.
7. Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ; American Heart Association. Nutrition Committee. Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease. Circulation. 2002;106:2747–275
8. Connor WE. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. Am J Clin Nutr. 2000; 71 (1 Suppl): 171S–175

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...