Kesihatan adalah anugerah yang sangat tinggi nilainya. Walau sekaya mana
pun seseorang, semiskin mana pun seseorang, di mana jua kedudukan seseorang
individu itu, sihat masih lagi menjadi agenda utama di dalam kehidupan… Jika
kita mengabaikan kesihatan, maka kita telah mengabaikan sebuah kekayaan, nikmat
yang sangat besar diberikan oleh Allah kepada manusia…
Ingatlah, Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam mengatakan
bahawa salah satu daripada 2 nikmat yang sering manusia abaikan adalah sihat.
Kita sering terdedah kepada pelbagai jenis penyakit
yang mengganggu kesihatan kita yang akhirnya mengganggu kehidupan harian kita.
Walaupun sakit yang kita hadapi itu, sedikit sahaja dan tidaklah berat tetapi
ia serba sedikit mengganggu perjalanan hidup kita…
Oleh sebab itu, kesihatan jasmani, rohani, akal, emosi dan
sosial perlu diseimbangkan dan dirangkumkan bersama agar dapat diterjemahkan di
dalam kehidupan sebagai gaya hidup yang sihat.
Kesihatan Yang Diabaikan
Penulis memetik
satu artikel daripada IKIM untuk iktibar kita bersama seperti berikut:
[Hasil kajian yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan tahun 2006 mendapati bahawa amalan gaya hidup masyarakat
di negara ini menyebabkan banyak masalah kesihatan yang kronik. Apabila
masyarakat terdedah dengan faktor risiko yang lebih menjurus kepada amalan gaya
hidup akan mengundang kepada penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis,
angin ahmar, kanser, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, kerosakan paru-
paru dan penyakit tulang.
Antara ciri yang boleh mendatangkan risiko
penyakit berbahaya yang tidak berjangkit adalah gaya pemakanan yang tidak sihat
di mana didapati seramai 8.7 juta (7.8 peratus) daripada masyarakat kita tidak
memakan sayur- sayuran dan buah- buahan. Manakala sebanyak 7.2 juta (60.1
peratus) rakyat tidak menjalankan aktiviti fizikal yang sepatutnya. Dan juga
ciri gaya hidup yang lain seperti merokok, minum arak, kegemukan, buncit juga
mendatangkan risiko kesihatan. Jika diteliti hasil kajian ini, menunjukkan
bahawa pemakanan secara seimbang dan aktiviti fizikal tidak dititikberatkan
dalam gaya hidup masyarakat Malaysia. Sebab itulah pesakit kanser, jantung,
diabetes dan darah tinggi adalah antara golongan yang paling banyak menerima
rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun 2006 (Kementerian Kesihatan) di
mana penyakit tersebut adalah penyakit yang disebabkan oleh faktor pemakanan
dan gaya hidup yang tidak sihat.
Oleh itu, kita seharusnya melihat bahawa
arus penyakit pada hari ini lebih menjurus kepada unsur pemakanan dan gaya
hidup walaupun mungkin terdapat juga faktor persekitaran dan lahiriah yang
menyumbang kepada masalah penyakit tersebut. Sepatutnya, kita perlu ada
kesedaran di dalam diri untuk menggiatkan lagi penjagaan kesihatan walaupun di
usia muda kerana pengabaian kesihatan menyebabkan kita seolah- olah menyimpan
bom yang akan meletup bila- bila masa sahaja apabila sampai kepada tahap
kronik. Oleh itu, seharusnya kita berwaspada.] Klik Sini Untuk Baca artikel Penuh.
Memberi untuk Memaknakan Kehidupan
Dengan rasa ingin memberi, penulis ingin berkongsi dengan para pembaca semua tentang penjagaan kesihatan untuk menjadikan kehidupan kita lebih sihat secara semula jadi berdasarkan kemampuan penulis.
Sihat jasmani dan rohani, fizikal dan emosi, untuk kebahagiaan di
dunia dan di akhirat.
Penulis akan berkongsi beberapa supplement/makanan
tambahan bersesuaian dengan blog supplementlelaki4u dan fokus penulisan akan cuba memberikan penumpuan kepada kesihatan lelaki. Tujuannya
tidak lain tidak bukan untuk memberi kesedaran kepada kaum Adam terutamanya,
kerana kaum Adam kurang berminat untuk menambah makanan tambahan/supplement di
dalam diet harian mereka.
Secara umumnya, laman 'Kesihatan Adalah Anugerah' merupakan perkongsian informasi tentang kesihatan, pencegahan penyakit, motivasi, tips-tips kesihatan, tips lelaki sihat dan bagaimana mewujudkan kediaman impian, bersih, sihat dan selamat.
Secara umumnya, laman 'Kesihatan Adalah Anugerah' merupakan perkongsian informasi tentang kesihatan, pencegahan penyakit, motivasi, tips-tips kesihatan, tips lelaki sihat dan bagaimana mewujudkan kediaman impian, bersih, sihat dan selamat.
Jadikanlah kesihatan itu sebagai harta yang paling bernilai di sisi kita untuk kepentingan agama di dunia dan di akhirat. Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai.
Tubuh kita merupakan satu-satunya tempat untuk kita tinggal. Jika kita abaikan penjagaan tubuh kita, di mana lagi kita nak mencari tempat untuk kita tinggal.
Tubuh kita merupakan satu-satunya tempat untuk kita tinggal. Jika kita abaikan penjagaan tubuh kita, di mana lagi kita nak mencari tempat untuk kita tinggal.
Setakat ini sahaja dahulu untuk entri pengenalan…
Nantikan updatenye…
Hafid Sulaiman
013-3727508
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
Supplement
Lelaki 4u
No comments:
Post a Comment