Monday, 2 June 2014

12 Sebab Anda Perlu Ambil Supplement





Ramai yang menimbulkan persoalan, “Kenapa aku perlukan supplement…?? Bukankah cukup kalau makan makanan harian yang berkhasiat sahaja..??” Jawapan yang mudah dari saya, tabiat pemakanan yang baik dengan tambahan daripada supplement adalah satu kombinasi terbaik untuk kesihatan yang optimum.

Di sini, saya ingin berkongsi 12 sebab kenapa anda perlu ambil supplement sebagai pelengkap kepada diet harian anda. Tidak kira apa jenis supplement atau makanan tambahan yang anda rasakan terbaik dan dijamin selamat, berkesan dan semula jadi

12 Sebab Anda Perlu Ambil Supplement

Jom baca 12 sebab anda perlu ambil supplement:

#1. Kekurangan nutrien di dalam sumber makanan.

Kekurangan nutrien disebabkan oleh beberapa faktor seperti kurangnya kandungan mineral di dalam tanah disebabkan tiada penggiliran tanaman. Penggunaan baja kimia moden tidak mampu menampung semula kehilangan nutrien. 

Penggunaan racun serangga perosak yang berlebihan dan tidak terkawal menambah buruk lagi situasi ini. Ini menjadikan tumbuhan mengandungi toksik  dan mikroorganisma yang sepatutnya ada di dalam tanah telah mati.

Situasi ini menyebabkan ketidakseimbangan pada tumbuhan dan juga haiwan yang akhirnya memberi kesan kepada ketidakseimbangan kepada manusia.

Anda perlu ambil supplement untuk menggantikan nutrien yang kurang.

#2. Sistem penghadaman yang lemah

Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat. Sistem penghadaman yang bermasalah akan memberi kesan terhadap badan serta menghadkan penyerapan zat dan vitamin oleh tubuh. Sistem ini menjadi lemah disebabkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat.

Anda perlu ambil supplement atau herba tertentu untuk sistem penghadaman yang sihat.

#3. Pemprosesan makanan.

Pemprosesan makanan sering kali mengurangkan secara drastik nutrien yang terkandung di dalamnya seperti tepung gandum, beras, produk tenusu dan lain-lain.

Sebagai contoh proses membersihkan gandum untuk dijadikan tepung telah menyingkirkan 80% magnesium, 70-80% zinc, 87% Kromium, 88% mangan dan 50% kobalt.

Proses membersihkan beras juga menghilangkan 70%-80% daripada kandungan zink dan kromium.

Ini baru permulaan, belum lagi proses-proses seterusnya.

Anda perlu ambil supplement untuk menggantikan nutrien yang hilang.

#4. Penyediaan makanan.

Cara anda memasak yang tidak sesuai juga menghilangkan nutrien di dalam makanan yang dimasak. Makanan segera yang dibeli di restoran makanan segera juga banyak kehilangan nutrien kerana cara memasak yang kurang sesuai. Penggunaan microwave juga menghilangkan nilai nutrien di dalam makanan. 

Anda perlu ambil supplement untuk menggantikan nutrien yang hilang.

#5. Bahan tambahan di dalam makanan.

Beribu-ribu perisa tiruan, pewarna, pemanis, pemanis tiruan, penstabil, penambah rasa seperti MSG, pengemulsi, pengeras, pelembut, pengawet kimia dan bahan kimia lain ditambah kepada makanan. 

Walaupun tidak berbahaya dan bertujuan meningkatkan kualiti makanan dengan cara mengekalkannya di dalam bentuk asal, namun kebanyakannya adalah toksik dan boleh mengurangkan kandungan nutrisi makanan.

Contohnya bahan tambahan yang dimasukkan ke beberapa sayur-sayuran sejuk beku untuk mengekalkan warnanya. Cara ia berfungsi ialah dengan mengeluarkan mineral penting dari permukaan sayuran kerana apabila mineral mengoksidakan, warna sayur-sayuran akan bertukar gelap dan hodoh. 

Anda perlu ambil supplement untuk mendapatkan khasiat yang terbaik.

#6. Gaya hidup manusia yang tertekan (stress) dan tidak sihat.

Stress dan gaya hidup yang tidak sihat memerlukan seseorang itu mengambil supplement tambahan yang lain untuk menstabilkan kembali nutrien dan hormon di dalam badan. 

Pemakanan yang sihat membantu mengurus stress. Vitamin C sangat membantu untuk urus dan kurangkan stress anda.

#7. Pencemaran udara dan air dengan sisa toksik serta radikal bebas

Bahan kimia bertoksik boleh di dapati di mana sahaja sekarang. Pendedahan diri manusia kepada pencemaran alam sekitar memerlukan seseorang mengambil supplement sebagai perlindungan daripada penyakit.

Anda perlu ambil supplement untuk melindungi diri anda daripada penyakit dan radikal bebas.

#8. Prosedur perubatan yang secara drastik mengurangkan dan menghapuskan nutrien.

Prosedur pembedahan dan X-ray menyebabkan kehilangan nutrien. X-ray umpamanya mengurangkan vitamin B-kompleks dan zink. Stress dan penggunaan dadah di dalam pembedahan meningkatkan lagi keperluan nutrien kepada seseorang.

Anda perlu ambil supplement untuk memastikan nutrien kembali wujud di dalam diri anda.

#9. Penggunaan vaksin secara berlebihan dan ubat-ubatan yang mempunyai unsur dadah.

Terdapat ubat yang merosakkan pencernaan atau penyerapan makanan seperti antibiotik, anti-asid, asid-blockers, aspirin, Tylenol, Aleve, Excedrin dan beratus-ratus preskripsi lain yang boleh didapati dengan mudah di farmasi dan klinik. 

Anda perlu ambil supplement untuk menggantikan ubat-ubatan yang merosakkan diri anda.

#11. Program pelangsingan  badan (weight loss).

Apabila seseorang berusaha mengurangkan kalori untuk mengurangkan berat badan, mereka juga sebenarnya  mengurangkan jumlah nutrien yang diambil. Ini boleh menyebabkan kekurangan nutrien. Apabila seseorang menurunkan berat badan, keperluan protein juga meningkat, kerana badan akan mula bergantung kepada protein sebagai sumber tenaga. 

Menggunakan tambahan protein akan membolehkan seseorang itu mengganti kehilangan otot, mencegah rasa lapar dan juga menstabilkan glukosa darah. Makanan tambahan yang baik adalah yang boleh memberikan protein tambahan tanpa menambah kalori tambahan daripada karbohidrat atau lemak.

Mereka yang obesiti juga memerlukan supplement untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik.

Anda perlu ambil supplement untuk menurunkan berat badan dengan cara yang terbaik.

#12. Makan mengikut selera rasa bukan berdasarkan keperluan.

Tabiat pemakanan seseorang yang makan berdasarkan mahu bukan tahu. Walaupun mengetahui keperluan untuk makan makanan yang berkhasiat, namun berapa ramai yang memerhatikan terlebih dahulu sebelum makan. 

Tabiat pemakanan seseorang juga mengganggu penyerapan nutrien daripada makanan. 

Anda perlu ambil supplement untuk memastikan anda mendapat keperluan nutrien harian anda disebabkan kealpaan diri anda yang mensia-siakan nikmat Tuhan.

Tambahkan supplement di dalam makanan anda.

================

Mungkin banyak lagi sebab kenapa anda perlukan supplement khususnya kepada lelaki. Mereka mungkin kurang mengambil peduli tentang hal ini. Produk Kesihatan Lelaki banyak ada di pasaran dan ada perlu memilih apa yang terbaik.

Anda boleh baca panduan utama untuk memilih produk kesihatan lelaki. KLIK SINI.

Moga dengan perkongsian ini memberikan serba sedikit keinginan untuk memperbaiki kehidupan anda ke arah yang lebih baik.

Hubungi kami untuk mendapatkan supplement kesihatan anda yang semula jadi, selamat dan insya-Allah berkesan.



Hafid Sulaiman



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...