Hormon testosterone diperlukan sepanjang hayat seorang lelaki untuk
memastikan kesihatan yang menyeluruh. Testosteron memberikan lelaki sifat kelakian
dan keinginan seks. Jika anda seorang lelaki yang mengalami masalah penurunan
nafsu seks, ereksi zakar lemah atau mati pucuk, emosi tak stabil, hilang fokus,
cepat stress dan cepat pelupa, anda mungkin boleh membuat kesimpulan bahawa
anda mempunyai paras testosterone yang rendah.
6 Cara Tingkatkan Hormon Testosteron
Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa tahap metabolisma, otot 
dan mood dikawal oleh testosteron. Malangnya, kebanyakan lelaki 
kehilangan kira-kira 1.5 peratus testosteron setiap tahun sebaik saja 
memasuki usia 30 tahun. Berikut tip tingkatkan testosteron secara 
semulajadi.
	1. Angkat berat
	Bersenam mendatangkan banyak kebaikan terutama lelaki yang mempunyai 
tahap testosteron yang rendah. Kajian 1993 mendapati bersenam seperti 
melakukan angkat berat membantu meningkatkan tahap testosteron di dalam 
darah diikuti senaman biasa. Ia bukan saja meningkatkan testosteron 
tetapi membentuk otot badan.
	2. Vitamin D
	Menurut kajian dari jurnal Hormone and Metabolic, vitamin D memainkan 
peranan yang penting dalam meningkatkan tahap testosteron. Vitamin D 
boleh diperolehi menerusi pemakanan mahupun terdedah kepada cahaya 
matahari. Namun, elak terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana ia 
risiko kepada kanser juga.
	3. Zink
	Pengambilan zink berkaitan dengan hypogonadism iaitu keadaan di mana 
kelenjar menghasilkan sedikit atau tidak ada hormon.  Zink memainkan 
peranan penting untuk menghasilkan tahap testosteron.
	4. Bawang putih
	Menurut jurnal pemakanan, makanan tambahan seperti bawang putih boleh 
mengubah horman berkaitan protin anabolisme dengan meningkatkan 
testosteron buah zakar.
Baca Juga: Ekstrak Bawang Putih Terbaik 
	5. Kafein
	Menurut kajian di International Journal of Sport, Nutrition and 
Exercise Metabolism, sesiapa yang mengambil kafein  sebelum melakukan 
senaman dikatakan mampu meningkatkan testosteron sebanyak 21 peratus.
	6. Diet
	Kekacang, tiram, mil oat dan makanan organik mempunyai khasiat yang 
membantu meningkatkan tahap testosteron. Tiram tinggi dengan zink, 
kekacang dan mil oat pula tinggi asid amino yang membantu mengurangkan 
kesakitan di dalam saluran darah.
	Masalah tekanan dan obesiti juga menjadi punca tahap testosteron 
menurun tanpa disedari. Jangan tunggu sehingga usia meningkat, kualiti 
pun menurun. Biarlah usia meningkat seiring dengan kemampuan anda beradu
 'tenaga'!
Sumber: Maskulin
Moga Bermanfaat
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
Pengedar Shaklee Klang, Shah Alam 



No comments:
Post a Comment