21-7 dan 21-19, itulah mata yang berjaya dijelmakan oleh
skuad sepak takraw Malaysia ketika membenam Thailand di dalam Final Super
Series Istaf 2014/2015 yang berlangsung di MITC, Melaka. Keputusan ini sangat
ditunggu kerana ia melakar sejarah bagi sukan Sepak Takraw Negara.
Regu Malaysia di barisi oleh Farhan Adam selaku kapten yang
betindak sebagai Feeder, Hanafiah Dollah sebagai Killer dan Syahir Rosdi
sebagai tekong mempamerkan aksi yang terbaik di hadapan penyokong sendiri.
Bermain di laman sendiri memberikan sedikit kelebihan kepada
regu Negara untuk membenam musuh tradisi, Thailand.
Bagi anda yang menyaksikan siaran langsung perlawanan ini
kaca televisyen, pastinya terpaku dengan kehebatan pemain Negara terutamanya
pada set yang pertama apabila meninggalkan jauh regu Thailand di dalam kutipan
mata.
Ia merupakan sesuatu yang diluar jangkaan. Apa yang anda
lihat bagaimana kehebatan tekong Negara, Syahir Rosdi yang begitu konsisten di
dalam servisnya sehingga menyebabkan pemain Thailand gagal untuk mengangkat kebanyakan
first ball. Syahir Rosdi menggunakan kelebihan yang dimiliki sehingga mampu
mencatatkan kelajuan servis sehingga 75km/j.
Pemain Thailand yang pada awalnya dibarisi oleh Thawisek
Thongsai sebagai killer, Kritsanapong
Nontakote sebagai tekong dan Panupong Petlue sebagai feeder, gagal membendung
kehebatan regu Negara sehingga terpaksa memasukkan tekong berpengalaman mereka
iaitu Siriwat Sakha pada pertengahan permainan set pertama.
Di dalam set kedua momentum diteruskan melalui servis
berbisa Syahir Rosdi sehingga menyebabkan feeder Thailand terpaksa dikeluarkan.
Thailand mengubah rentak permainan dengan menggunakan strategi double
killer. Dan strategi ini nampak menjadi sehingga
mereka berjaya mengelirukan regu Malaysia dan Thailand berjaya mendahului.
Ketika agak ketinggalan, Malaysia melakukan pertukaran
pemain dengan memasukkan killer gantian, Khairul Zaman bagi menggantikan
Hanafiah Dollah. Strategi ini menjadi apabila Malaysia kembali bangkit dengan
beberapa blocking yang berjaya dilakukan oleh Khairul Zaman sehingga akhirnya
Malaysia berjaya menundukkan Thailand di hadapan penyokong Malaysia yang
membanjiri Stadium.
Syabas diucapkan kepada regu Malaysia. Banyak perkara yang
perlu dilakukan lagi. Dan pastinya Thailand dan pasukan-pasukan lain akan
sama-sama bangkit bagi meningkatkan prestasi masing-masing.
Anda yang menonton dan menjadi penyokong, pastikan anda juga
tidak hanya duduk di hadapan televisyen. Pastikan anda juga menjadi juara di
dalam memastikan anda sihat. Jom bersukan…
Hafid Sulaiman.
No comments:
Post a Comment