Tuesday, 3 February 2015

Tips Lelaki Sihat: Bagaimana Melegakan Sakit Lutut



Sakit Lutut seringkali mengganggu aktiviti harian anda. Sakit lutut disebabkan rawan yang lemah dan rapuh, tisu penghubung yang terurai dan geseran yang akhirnya menyebabkan ketidakselesaan. Ditambah pula dengan berat badan yang tidak ideal, aktiviti yang mudah pun terasa susah untuk dilakukan. Justeru, mereka yang menghadapi, akan sentiasa memikirkan bagaimana melegakan sakit lutut.

Tanyakan sahaja kepada mereka yang menghadapi masalah ini. Bagaimana mereka berhadapan dengannya. Baru sahaja nak melakukan kerja atau aktiviti, sudah terbantut dek kerana kesakitan yang mengganggu.



Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya ingin kongsi bagaimana pemakanan atau pengambilan nutrisi yang betul membantu melegakan sakit lutut anda.

Glukosamin


Jika anda mempunyai masalah sakit lutut dan anda pergi berjumpa dengan pegawai perubatan, antara ubat atau supplement yang disyorkan untuk diambil adalah Glukosamin.

Apa itu Glukosamin?


Glukosamin atau Glucosamine adalah satu jenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair di antara tulang yang membekalkan pelinciran.

Banyak kajian menunjukkan bahawa glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobiliti dan fleksibiliti.

Glukosamin boleh di dapati dalam dua bentuk iaitu Glucosamine sulphate iaitu bersumberkan daripada cengkerang makanan laut seperti ketam, udang dan lobster.

Dan yang kedua, Glucosamine Hydrochloride iaitu yang bersumberkan tumbuhan seperti ekstrak jagung.

Selain itu, terdapat juga dipasaran yang menggabungkan beberapa bahan lain bersama dengan glukosamin seperti Chondroitin. Chondroitin ini diperoleh daripada tulang rawan ‘cartilage’ lembu.

Terdapat beberapa kajian ia sangat membantu mengatasi masalah sakit lutut.

Anda boleh baca tulisan DR Zubaidi.

Vitamin Dan Mineral Lain Yang Membantu Mengatasi Sakit Lutut.


Selain daripada glukosamin, terdapat vitamin dan mineral lain yang penting bagi membantu mengatasi sakit lutut. Setiap satu vitamin dan mineral ini mempunyai peranan yang unik dan kritikal di dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.



Antaranya adalah vitamin C. Vitamin C adalah antioksidan yang melawan radikal bebas yang merosakkan bendalir sendi. Ia juga membantu pembentukan kolagen.

Omega 3 juga sangat baik untuk sendi kerana ia bertindak sebagai anti radang. Ia mengurangkan keradangan dan kesakitan akibat pergerakan sendi.

Mineral seperti kalsium, zink, kuprum dan manganes juga membantu menguatkan tulang. Mineral ini juga penting untuk membina tisu penghubung.

Sebagai langkah pencegahan, seseorang yang masih sihat dan tidak mengalami masalah sakit lutut dinasihatkan supaya prihatin dengan hidangan harian.

Tambahkan hidangan yang mengandungi banyak vitamin dan mineral di atas seperti brokoli, ikan sardin, salmon, susu,  kekacang dan lain-lain.

Cegah sebelum terkena. Pastikan hidangan harian anda membantu untuk mengekalkan kesihatan sendi lutut anda.


Hafid Sulaiman

Anda juga perlu membaca ini:


Perlukan supplement kesihatan untuk lutut anda.
Saya ada yang terbaik dari sumber tumbuhan semula jadi.

Whatsapp saya: 013-3727.508




 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...