Tuesday 23 August 2016

Masalah Kesihatan Seksual Lelaki



Salah satu perkara yang sering bermain di fikiran suami adalah tentang hubungan seksual suami isteri. Seiring dengan peningkatan usia, maka kemampuan seksual juga semakin berkurangan.

Apa yang perlu difahami oleh setiap lelaki, masalah seksual dalam kalangan lelaki sangat berkait rapat dengan tahap kesihatan tubuh badan seseorang.

Jika seseorang lelaki mengalami masalah seksual, seharusnya dia tahu punca berlakunya masalah tersebut dan kemudian mengambil tindakan lanjut berdasarkan punca masalah.

Sebelum memilih mana-mana penyelesaian, anda seharusnya tahu masalah sebenar yang berlaku di sebalik masalah seksual anda. Jika anda salah pilih jalan penyelesaian, maka punca masalah akan terus bersama anda dan menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Saya kongsikan di sini laporan akhbar yang saya petik daripada laman Sinar Harian.


Moga Bermanfaat.

Masalah Kesihatan Seksual Lelaki


MASALAH kesihatan seksual yang dialami kaum lelaki dijangka meningkat berikutan kadar penyakit kronik yang semakin tinggi di negara ini.

Ketua Jabatan Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Prof Datuk Dr Shaiful Bahari Ismail berkata, antara masalah kesihatan seksual dan reproduktif lelaki yang kerap berlaku termasuk ejakulasi pramatang, disfungsi ereksi, sindrom kekurangan hormon testosteron dan infertiliti (kemandulan) akibat faktor lelaki.


Dr Shaiful berkata, ia berikutan sikap kaum Adam yang kurang cenderung mendapatkan rawatan secara berkala di hospital terutama berkaitan penyakit kronik seperti diabetis, tekanan, jantung, kolestrol tinggi dan obesiti yang berkait rapat dengan masalah seksual lelaki.


"Begitu juga dengan amalan merokok yang mempunyai kesan langsung kepada masalah seksual dengan kajian pada 2005 menunjukkan 48 peratus lelaki di negara ini mengalami masalah seksual."


"Bila kadar penyakit kronik ini meningkat saya jangkakan masalah seksual juga akan meningkat walaupun belum ada data terkini yang menunjukkan peningkatan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran bukunya yang bertajuk Masalah Seksual Lelaki Dalam Kesejahteraan Suami Isteri di HUSM Kubang Kerian di Kota Bharu, hari ini.


Hadir sama, Timbalan Naib Cancelor USM Prof Datuk Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Abang Salehuddin Abang Shakeran.


Dr Shaiful berkata, isu dan cabaran itu perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak bagi memastikan wujud kesejahteraan dalam hubungan suami isteri sekali gus mengelakkan perkara tersebut menjadi satu daripada punca perceraian di negara ini.


Terdahulu Dr Shaiful menyampaikan syarahan umum bertajuk Kesihatan Lelaki di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran sementara isterinya Prof Datin Dr Nik Hazlina Nik Hussain membentangkan Kesihatan Wanita di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran. - Bernama


Baca Juga Laporan Berita Ini: Lelaki Malaysia Menderita Mati Pucuk

Moga ambil pengajaran.

Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...