Tuesday 4 September 2018

Koenzim Q10 (CoQ10) Membantu Kesihatan Sistem Pembiakan



Bagi anda yang merancang untuk ke jinjang perkahwinan atau yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata, pengambilan Koenzim Q10 (CoQ10) sebagai makanan tambahan harus dipertimbangkan.

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong kesihatan sistem pembiakan dengan meningkatkan tenaga dalam kedua-dua sperma dan ovum. 



CoQ10 membantu merangsang:

• Meningkatkan jumlah sperma yang sihat (1,2)

Ciri-ciri antioksidanya memerangi kerosakan radikal bebas sperma, meningkatkan jumlah sperma dan pembentukan sperma sihat.



• Meningkatkan pergerakan sperma(1,2)

CoQ10 meningkatkan tenaga sperma untuk meningkatkan keupayaan sperma bergerak sendiri dengan menyokong gerakan yang sihat dan aktif.



• Meningkatkan kualiti ovum

CoQ10 membantu dalam mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas terhadap ovum. Ia juga membantu mengekalkan kesihatan optimum ovum, meningkatkan tahap kesuburan.



Untuk kesan yang lebih baik bagi meningkatkan kesuburan, seorang lelaki juga dicadangkan untuk mengambil 28 vitamin dan mineral yang penting, vitamin E dan Asid Lemak Omega 3 (EPA dan DHA).

Manakala bagi perempuan, dicadangkan mengambil tambahan 28 vitamin dan mineral penting, Asid Gama Linolenik (GLA) dan Vitamin B yang lengkap.



Rujukan:
1. Sedigheh A., Reihane B., Akram G., Azadeh N., Antioxidant supplements and semen parameters: An evidence based review Int J Reprod Biomed (Yazd). 2016 Dec; 14(12): 729–736.
2. Safarinejad M.R., Safarinejad S., Shafiei N., Safarinejad S., Effects of the reduced form of coenzyme Q 10 (ubiquinol) on semen parameters in men with idiopathic infertility: a double-blind, placebo controlled, randomized study. J Urol. 2012;188:526–531.

Sumber:
- Shaklee Today
- www.shaklee.com.my

Abang Pengedar Shaklee
Whatsapp 013-3727.508

Pengedar Shaklee Klang : Pengedar Shaklee Shah Alam : Pengedar Shaklee Setia Alam : Pengedar Shaklee Kapar : Pengedar Shaklee Meru

1 comment:

  1. I discovered your blog web site on google and verify just a few of your early posts. Continue to maintain up the very good operate. I just additional up your RSS feed to my MSN News Reader. Looking for ahead to reading more from you later on!… real money casino

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...