Tuesday 18 September 2018

Tubuh Kita Memerlukan Protein


Protein diperlukan oleh semua manusia. Lelaki juga perlu memastikan keperluan protein diperolehi setiap hari. Protein boleh didapati melalui sumber makanan seperti telur, kekacang seperti almond dan kacang soya, daging, ikan, gandum dan lain-lain. Pengambilan suplemen atau makanan tambahan protein juga membantu jika seseorang itu mempunyai target tertentu untuk kesihatan.

Protein adalah seperti blok binaan tubuh anda, sama seperti batu bata rumah anda. Binalah asas kepada tubuh yang sihat dengan memberikan orang yang tersayang, sumber protein terbaik untuk fungsi tubuh yang optima kerana dengan sumber yang betul, keluarga anda akan lebih sihat dan bahagia. Kebahagiaan mereka, adalah kebahagian anda juga.


Kenapa Tubuh Kita Memerlukan Portein


Pertumbuhan dan Pembesaran


Nutrien penting terutamanya pada peringkat kanak-kanak, remaja dan ibu mengandung. Ia membantu membina sel, menyokong sistem imun dan fungsi tubuh optimum termasuk rambut yang berkilau, kulit lebih lembut dan kuku yang kuat. Protein dan komponen asid aminonya juga berfungsi sebagai hormon, enzim dan pengangkut nutrien yang lain.(1)

Tenaga Berkekalan


Minuman Tenaga dan berkafein hanya mampu memberi kesan sementara. Walau bagaimanapun, pengambilan protein yang mencukupi boleh membantu anda mengekalkan tenaga kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihadam, sekaligus memberikan sumber tenaga yang berkekalan agar anda mampu untuk melakukan pelbagai tugasan dan kekal cergas setiap sehari.

Pengurusan Berat Badan


Diet tinggi protein boleh mengurangkan berat berbanding diet rendah dengan protein kerana peranannya dalam mengekalkan rasa kenyang. Kajian menunjukkan bahawa memiliki berat yang sihat dan pengekalan berat badan tersebut boleh membantu memajangkan jangka hayat hidup anda.(2)

Kesihatan Jantung


Kajian jangka masa panjang selama 20 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan
rendah karbohidrat, tinggi lemak berasaskan sayuran mempunyai 30% lebih rendah risiko terhadap penyakit Jantung berbanding mereka yang makan makanan tinggi karbohidrat, diet rendah lemak. Walaubagaimanapun, menambahkan protein sayuran di dalam diet dapat mengurangkan masalah kesihatan jangtung serta membantu mengekalkan dan meningkatkan fungsinya.(3)

Kesihatan Tulang


Selain kalsium, terdapat pelbagai lagi nutrien lain yang penting untuk kesihatan tulang, termasuklah protein. Pelbagai penemuan mencadangkan pengambilan protein yang tinggi berkait rapat dengan pengurangan kepadatan tulang, tinggi kepadatan tulang dan mengurangkan risiko patah tulang. Dalam kajian terbaru, peningkatan pengambilan protein, terutamanya apabila diambil bersama kalsium dan vitamin D dalam diet, boleh mengurangkan kepadatan tulang dan meningkatkan kekuatan otot.(4)

Kesihatan Otot


Kemerosotan jisim otot berlaku akibat penuaan usia dan ia terjadi tanpa kita sedari kerana ia sering disalah anggap dengan peningkatan lemak dalam badan. Ini boleh menyebabkan kemerosostan otot yang kronik dikalangan warga emas yang berumur lebih daripada 60 tahun, apatah lagi pada yang berumur 80 tahun. Pengambilan protein yang mencukupi membantu mengurangkan atau melambatkan proses kemerosotan otot ini.(5)

Rujukan:
1. Report of a Joint WHO/FAO/UNU Expert Consultation. 2002. PROTEIN AND AMINO ACID  EQUIREMENTS IN HUMAN NUTRITION. WHO. Geneva. Switzerland.
2. Leidy HJ, Clifton PM, Astrup A, Wycherley TP, Westerterp-Plantenga MS, Luscombe-Marsh ND, Woods SC, Mattes RD. (2015). The role of protein in weight loss and maintenance. Am J Clin Nutr. 2015 Apr 29.
3. Nanri, A., Mizoue, T., Kurotani, K., Goto, A., Oba, S., Noda, M., … for the Japan Public Health Center-Based Prospective Study Group. (2015). Low-Carbohydrate Diet and Type 2 Diabetes Risk in Japanese Men and Women: The Japan Public Health Center-Based Prospective Study. PLoS ONE, 10(2), e0118377.
4. Marissa M Shams-White, Mei Chung, Mengxi Du, Zhuxuan Fu, Karl L Insogna, Micaela C Karlsen, Meryl S LeBoff, Sue A Shapses, Joachim Sackey, Taylor C Wallace, and Connie M Weaver.2017. Dietary protein and bone health: a systematic review and meta-analysis from the National Osteoporosis Foundation Am J Clin Nutr 2017 105: 6 1528-1543.
5. Paddon-Jones, D., & Leidy, H. (2014). Dietary protein and muscle in older persons. Current Opinion in Clinical Nutrition and Metabolic Care, 17(1), 5–11.

Sumber

Shaklee Today
www.shaklee.com.my

Whatsapp 013-3727.508
Abang Pengedar Shaklee

Pengedar Shaklee Klang : Pengedar Shaklee Shah Alam : Pengedar Shaklee Setia Alam 
Pengedar Shaklee Meru : Pengedar Shaklee Kapar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...