Showing posts with label cegah kencing manis. Show all posts
Showing posts with label cegah kencing manis. Show all posts

Wednesday, 26 October 2016

Kencing Manis Dan Kaki



Seseorang yang menghidap penyakit kencing manis atau diabetes berisiko untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk pada tubuh badan yang lain. Ini akan berlaku jika seseorang itu tidak melakukan langkah-langkah pencegahan dan pengawalan seperti mana yang dicadangkan oleh pegawai perubatan.

Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah masalah penglihatan, serangan jantung, masalah buah pinggang, mati pucuk, masalah sistem saraf dan masalah pada bahagian kaki.

Wednesday, 5 October 2016

Mitos Dan Fakta Mengenai Diabetes




Maklumat salah tentang diabetes sangat berleluasa. Mendapat maklumat yang betul mengenai diabetes adalah penting bagi semua orang agar diabetes dapat dicegah dan dikawal dengan berkesan. Saya kongsikan beberapa mitos dan fakta mengenai diabetes. Supaya kita mendapat maklumat yang tepat seterusnya dapat melakukan langkah pencegahan dan kawalan yang berkesan.

Wednesday, 2 December 2015

10 Gejala Anda Mungkin Menghidap Diabetes





Penyakit kencing manis ataupun Diabetes Mellitus merupakan satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Pada zaman sekarang, seseorang mungkin berisiko menghidap masalah diabetes seawal usia 30 an. Gaya hidup seseorang menyebabkan ramai golongan muda mengalami masalah ini. Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Makan makanan yang berkhasiat dan sihat, bersenam, kekalkan berat badan yang unggul dan urus emosi dengan baik.

Saturday, 31 October 2015

Kawal Kencing Manis Anda





Bila seseorang menghidap kencing manis atau diabetes, maka kehidupannya akan berubah. Banyak perkara yang perlu diperhatikan dan diubah terutamanya soal pemakanan. Terpaksa melupakan beberapa jenis makanan dan beralih kepada makanan yang lebih membantu untuk mengawal kencing manis.

Thursday, 22 January 2015

7 Tips Penjagaan Kulit Bagi Pesakit Kencing Manis



Disebabkan pesakit kencing manis mudah mendapat komplikasi, mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga. Penjagaan kulit bagi pesakit kencing manis perlu sentiasa dipelihara dan dipantau dengan baik kerana mereka mudah mendapat jangkitan kulit.

Tuesday, 23 December 2014

Tips Lelaki Sihat: Cegah Dan Kawal Kencing Manis

Tips lelaki sihat, cegah dan kawal kencing manis


Penyakit kencing manis atau diabetes adalah keadaan terdapatnya paras gula berlebihan dalam peredaran darah. Keadaan ini berlaku kerana badan kekurangan insulin yang diperlukan bagi menukar gula kepada tenaga. Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya kongsikan secara ringkas tips untuk cegah dan kawal kencing manis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...