Penyakit kencing manis atau
diabetes adalah keadaan terdapatnya paras gula berlebihan dalam peredaran
darah. Keadaan ini berlaku kerana badan kekurangan insulin yang diperlukan bagi
menukar gula kepada tenaga. Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya kongsikan
secara ringkas tips untuk cegah dan kawal kencing manis.
Akibat Kencing Manis
Mata
Mereka yang menghidap kencing manis
mempunyai masalah penglihatan yang kabur dan berisiko untuk hilang penglihatan.
Paras Gula Dalam Darah
Paras gula dalam darah meningkat
kerana kekurangan insulin.
Jantung
Kencing manis manis meningkatkan
risiko seseorang untuk terkena serangan jantung.
Buah Pinggang
Risiko buah pinggang rosak atau
gagal berfungsi.
Salur Darah
Kerosakan saraf akibat kencing
manis berlaku kerana paras gula yang tidak dikawal dan juga kerana saluran
darah halus yang rosak menyebabkan saraf tidak mendapat bekalan oksigen dan
nutrien yang secukupnya. Bagi lelaki, anda berisiko mati pucuk akibat kencing manis disebabkan masalah ini.
3 Tips Cegah Kencing Manis
Langkah pencegahan adalah tindakan
yang bijak untuk anda lakukan agar tidak menghidap kencing manis. Berikut 3
tips cegah kencing manis:
#1. Bersenam
Bersenam membantu mengekalkan paras
gula dalam darah normal, mengawal berat badan, mengurus tekanan dan membantu
tidur yang lena.
#2. Pemakanan Yang Sihat
Amalkan pemakanan yang sihat, indeks
glisemik yang rendah, kurangkan makanan manis dan kurangkan pengambilan
karbohidrat.
#3. Berat Badan Yang Ideal
Kawal berat badan dan pastikan anda
mempunyai BMI yang ideal.
7 Tips Kawal Kencing Manis
Jika anda disahkan sebagai pesakit
kencing manis, 6 tips berikut boleh dijadikan panduan:
#1. Makan ubat
Jangan abaikan pengambilan ubat
yang dibekalkan oleh pegawai perubatan.
#2. Jangan Stress
Urus stress anda. Bercakaplah
dengan seseorang untuk membantu anda menguruskan stress.
#3. Jangan Merokok
Merokok menyebabkan peredaran darah
anda semakn teruk.
#4. Penjagaan Gigi
Jika ada masalah pada gigi, segera
berjumpa dengan doktor. Buat pemeriksaan secara berkala.
#5. Pemeriksaan Paras Glukosa
Paras glukosa dalam darah dapat
diuji sendiri di rumah dengan menggunakan meter glukosa darah yang mudah.
#6. Penjagaan Kaki
Periksa kaki anda setiap hari
kerana mungkin terdapat luka yang anda tidak perasan. Pesakit kencing manis
mungkin tidak merasai sebarang luka ataupun ulser disebabkan kekurangan deria
di kawasan tersebut.
#7. Kawal Pemakanan
Makanan pesakit kencing manis perlu
dirancang terlebih dahulu. Tidak perlu membeli makanan khusus pesakit kencing
manis jika anda tidak mampu. Pemakanan yang sihat adalah kunci diet pesakit
kencing manis. Rujuk pegawai kesihatan untuk
panduan.
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
No comments:
Post a Comment