Thursday 5 March 2015

Panduan Nutrisi Lelaki: Jom Tingkatkan Kesuburan Dengan Ilmu



Aspek kesuburan adalah antara ciri lelaki sihat. Untuk Panduan Nutrisi Lelaki kali ini, jom saya kongsikan sebahagian daripada cara untuk tingkatkan kesuburan dengan ilmu. Maksud saya adalah ilmu pemakanan atau nutrisi yang betul. Dengan mengetahui beberapa jenis vitamin dan  mineral yang penting di dalam meningkatkan kesuburan, seseorang lelaki mampu mengekalkan dan meningkatkan tahap kesuburan. 

Saya tahu bahawa kesuburan menjadi masalah utama bagi mereka yang menginginkan cahaya mata. Banyak sebab kenapa zuriat masih lagi belum dikurniakan kepada pasangan suami isteri. Dari sudut kesihatan, faktor hormon dan stress antara yang menjadi punca.

Nutrisi pemakanan yang baik oleh pasangan suami isteri sangat membantu meningkatkan peluang untuk si isteri hamil. Pemakanan yang sihat membantu sperma dan telur sihat. Cuba cari masa untuk berehat dan menenangkan fikiran agar stress dapat dikurangakn

Vitamin Dan Mineral Yang Diperlukan Untuk Tingkatkan Kesuburan Lelaki


Berikut adalah vitamin dan mineral penting untuk tingkatkan kesuburan.

  • Vitamin A (Karatonoid)
  • Vitamin B12 
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Coenzyme Q10
  • Zinc
  • Selenium
  • Manganese
  • Asid Lemak Omega 3


Vitamin A, B, C, dan E bertindak sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang merosakkan sel.

Apa Yang Anda Boleh Makan?




Anda sudah mengetahui apakah vitamin dan mineral yang penting.. Sekarang jom tambah ilmu tentang makanan apa yang boleh anda hidangkan dalam hidangan harian anda berdasarkan kesesuaian anda. Mungkin ada banyak pilihan lain, saya hanya sebutkan sebahagian sahaja untuk maklumat anda.

Vitamin A (Karatonoid)


Vitamin A ini penting untuk kesihatan sistem reproduktif. Cuba pilih buahan dan sayuran yang berwarna terang. Contohnya lobak, tomato dan kentang.


Vitamin B12


B12 adalah salah satu daripada ahli di dalam B kompleks. Ia juga membantu untuk menghasilkan sperma yang subur. Selain itu, B12 juga penting untuk membantu seseorang lelaki itu mengurangkan rasa tertekan atau stress yang menjadi salah satu punca ketidak suburan lelaki.

Biasanya, vitamin B12 diperoleh daripada produk-produk haiwan. Kekurangan vitamin ini jarang berlaku kecuali kumpulan vegetarian dan golongan tua atau mereka yang mengalami penyerapan makanan di dalam usus. Jika anda vegetarian, lebihkan pengambilan susu, keju dan telur.

Vitamin C


Vitamin C dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok serta menjadikan ia lebih bergerak ke hadapan dan cepat. 

Di dalam diet harian anda, anda boleh memasukkan sumber makanan seperti cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buah-buahan sitrus.

Vitamin E


Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk lelaki. Ia berupaya meningkatkan kesihatan dan motiliti sperma lelaki. 

Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap. Lebihkan makanan ini di dalam hidangan anda adalah satu tindakan yang bijak.

CoQ10


CoQ10 pula mengurangkan stress oksidatif yang telah dibuktikan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk meningkatkan kuantiti, kualiti dan pergerakan sperma. Ia boleh didapati melalui sumer daging dan ikan.

Baca juga: Coenzyme Q10: Penjana Utama Tenaga Anda

Zinc


Zinc adalah mineral yang sangat penting untuk kesuburan lelaki dan ia berupaya meningkatkan hormon testosteron ke paras yang baik. Di dalam diet harian, zink boleh di dapati melalui tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang.

Selenium


Selenium diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah. Ia juga penting untuk membantu tubuh menyerap vitamin E. 

Ia boleh didapati melalui ikan salmon, tuna, ikan kod, cendawan butang dan udang.

Manganese


Manganese penting dalam menghasilkan hormon seks. ia juga boleh bertindak sebagai antioksidan bagi melawan radikal bebas yang menurunkan tahap kesuburan.

Ia boleh didapati daripada teh, roti wholemeal, hazelnut, almond, kelapa, pisang dan avocado.

Asid Lemak Omega-3


Ia membantu menghasilkan hormon seks. Sumber omega adalah seperti ikan laut dalam, biji labu, walnut dan biji bunga matahari.


Moga perkongsian ini memberikan manfaat untuk tingkatkan kesuburan lelaki...

Saya cadangkan anda juga membaca entri lepas bertajuk: Bagaimana Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Abang Jual Shaklee
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
Whatsapp 013-3727.508

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...