Thursday 9 April 2015

Engkau Rosakkan Mesin Itu Dengan Cara Yang Zalim

Hidup Sihat dengan Shaklee


Jahil adalah musuh kepada manusia. Jahil apabila digandingkan dengan sombong, maka akibatnya semakin parah. Walaupun dirinya ingin mengambil tahu, tapi apabila dia telah tahu, nafsu pula mengatasi pengetahuannya. Maka berkekalan ia berada di dalam kebinasaan.


Tubuh manusia merupakan 'mesin' paling hebat dan paling canggih di atas muka bumi. Bayangkan bagaimana otot mata bekerja bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. 

Mesin Yang Paling Hebat


"Pada dirimu, tidakkah kamu mahu melihat"

Tubuh manusia terdiri daripada berjuta-juta 'mesin' atau 'enjin' yang bekerja bersama-sama. Semuanya berjalan tanpa henti sehinggalah tiba waktu yang ditentukan.

Bagi memastikan ia berfungsi dengan baik, ia memerlukan bahan bakar yang tertentu. Sekiranya bahan bakar itu terdiri daripada sebatian yang salah, maka mesin itu akan meragam.

sihat


Jika bahan bakar yang diberikan lebih daripada keperluannya, maka mesin itu akan bergerak melebihi kapasiti maksimumnya sehingga memudaratkannya.

Jika bahan bakar yang diberikan tidak mencukupi , dia akan kehilangan kuasa untuk beroperasi.

Jika bahan bakar yang diberikan tidak berkualiti dan bersifat seperti 'sampah', maka enjin itu akan tersekat-sekat dan hasil produktiviti juga akan berkurangan.

Setiap bahagian mesin ini memerlukan sesuatu untuk melincirkan perjalanan mereka. Jika dibiarkan tanpa pelincir, maka ia berkarat, tersumbat, kotor dan akhirnya akan rosak begitu sahaja.

Kotoran dan bahan buangan juga hendaklah sentiasa diperhatikan agar ia tidak mengganggu perjalanan mesin ini. Perlu ada penapis yang menapis lebihan yang tidak digunakan. Jika tidak dibuang, dia akan melekat pada dinding-dinding mesin ini sehingga akhirnya menyebabkan ada bahagian tertentu yang perlu dibuang. Akhirnya sebahagian daripada mesin ini tidak berfungsi dan mengganggu perjalanan yang tidak tahu bila akan berakhir.

Engkau Yang Rosakkan Mesin Ini


Engkau adalah pemilik sementara kepada mesin yang paling hebat ini. Hanya dipinjamkan. Ketahuilah jika engkau tidak menjaga mesin ini, bagaimana engkau akan meneruskan perjalanan yang jauh.

Sedar atau tidak, engkau telah rosakkan mesin ini dengan cara yang paling zalim. Engkau memasukkan entah apa-apa, tanpa pengetahuan tentang apa yang diperlukan oleh mesin ini.

Engkau tidak mahu ambil tahu tentang cara menjaga mesin ini walaupun sudah berlonggok dan berlori-lori buku panduan yang disediakan. Engkau menyebabkan mesin itu semput..

Sekalipun engkau membaca dan mengambil tahu tentang penjagaan mesin itu, tapi ada sesuatu yang menyebabkan engkau buat-buat tak tahu.

Akhirnya mesin itu semput dan siapa lagi yang patut disalahkan apabila mesin itu tidak lagi mampu berfungsi dan akhirnya mati dan dipulangkan kepada pemilik asalnya.

Ketika tiba hari bertemu dengan 'Pemiliknya', apakah jawapan yang akan engkau berikan kepadaNya disebabkan gagal menunaikan amanah yang diberikan.

Engkau telah berlaku zalim kepada mesin ini.



Hafid Sulaiman

#KesihatanAdalahAnugerah
#SupplementLelaki

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...