Thursday, 2 April 2015

Kenali Shaklee: Produk Shaklee Sentiasa Selamat

supplement lelaki


Sejak lebih 50 tahun, Shaklee telah mendapat kepercayaan jutaan keluarga untuk mencorakkan gaya hidup yang sihat. Shaklee tidak pernah mengambil mudah dalam menghasilkan setiap produknya. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar. Shaklee  menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan. 


Apa Yang Membuat Shaklee Berbeza? 


Keselamatan dan Standard Shaklee Tiada Tandingannya


Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk Shaklee Always Safe - Sentiasa Selamat.

Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Shaklee menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.




Shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk Shaklee. Produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk pesaing.

Shaklee bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan sentiasa mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk Shaklee.


Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 


Shaklee memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian Shaklee menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan Shaklee meneruskan kajian dengan lebih 100,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai bahan kimia berbahaya. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Shaklee tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan Shaklee benar-benar pasti bahawa setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan: Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang


Tidak Diuji Ke Atas Haiwan


Shaklee Corporation aktif menyokong pembangunan, penggunaan dan kelulusan ujian alternatif selain yang dilakukan ke atas haiwan di seluruh dunia. Sebagai polisi, Shaklee Corporation menentang dan tidak menjalankan apa-apa ujian haiwan terhadap mana-mana produk Shaklee. Walau bagaimanapun, dalam mana-mana pasaran asing, agensi-agensi kawal selia mungkin bebas menjalankan ujian mereka sendiri ke atas produk Shaklee tanpa kawalan daripada pihak Shaklee.

Supplement lelaki

Info ini diambil dari laman WEB Shaklee dengan sedikit perubahan dan susunan oleh Hafid Sulaiman.

Hafid Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...