Monday 20 April 2015

Sistem Penghadaman: Sistem Pemprosesan Makanan



Setiap manusia memerlukan kadar nutrien tertentu untuk terus kekal sihat. Manusia mendapat nutrien daripada makanan yang dimakan. Untuk memahami bagaimana nutrien itu diperolehi, anda semua perlu memahami tentang sistem penghadaman anda.


Sistem Penghadaman


Sistem penghadaman adalah satu sistem yang sangat penting di dalam tubuh manusia. Sedikit masalah yang berlaku di dalam sistem penghadaman menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang mengganggu kehidupan seseorang.

Sistem penghadaman merupakan sistem pemprosesan makanan. Ia bertujuan memastikan makanan yang dimakan mampu digunakan oleh tubuh bagi kegunaan harian. 

Badan tidak dapat menerima apa-apa yang dimakan secara terus. Makanan yang dimakan akan diproses menjadi gula ringkas sebelum dapat diserap oleh tubuh manusia. Inilah yang dikatakan sebagai sistem penghadaman. Nutrien-nutrien penting akan diserap oleh badan selepas melalui proses ini.

Adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman agar apa yang dimakan memberikan manfaat kepada tubuh. Sekalipun anda makan sesuatu yang sangat berkhasiat dan seimbang, namun jika sistem penghadaman tidak baik, maka tubuh anda tidak akan memperolehi apa yang sepatutnya.



Sistem penghadaman melibatkan banyak organ badan bermula daripada mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum sehinggalah ke anus. Sistem ini menggunakan beberapa organ lain bagi  membantu melancarkan proses yang berlaku.

Proses ini melibatkan ciri perubahan fizikal dan kimia iaitu makanan yang masuk ke dalam tubuh mengalami proses hidrolisis (penambahan air) dan terurai semasa disediakan bagi penyerapan daripada salur usus ke dalam salur darah.

Sistem penghadaman berfungsi bagi menerima, menyerap dan mengangkut bahan yang dimakan dan hasil buangan. Sistem penghadaman menyerap segala nutrien untuk kegunaan harian.

Melalui proses penghadaman juga, hasil buangan disimpan sementara sebelum dikumuhkan. 

Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem penghadaman yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.

Fungsi Sistem Penghadaman


1) Mengambil Makanan
2) Memecahkan makanan kepada yang lebih kecil
3) Menyerap molekul yang dihadam
4) Menyediakan nutrien
5) Menyingkirkan bahan buangan

Segala fungsi pada sistem penghadaman ini berjalan bagi memastikan keselesaan dan manfaat kepada tubuh supaya proses pembesaran dan pembakaran dapat dilakukan dengan sempurna.

Jika sistem penghadaman anda tidak mempunyai masalah, tubuh badan dapat melakukan aktiviti dengan lancar.

Jika kesihatan sistem penghadaman tidak dijaga, maka anda akan terdedah kepada beberapa jenis penyakit termasuk kanser kolon. Awasi diri anda jika anda mengalami gastrik, masalah sembelit, perut kembung, buasir, rengsa usus, dan perut kembung. Ia mungkin disebabkan sistem penghadaman anda bermasalah.

# Dapatkan produk Herba yang menggabungkan 9 herba tradisional untuk membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman anda. KLIK SINI

Hafid Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...