Thursday 30 July 2015

Makanan Tak Seimbang: Apa Tindakan Saya



Makanan tak seimbang? Hah, pasti ramai yang berhadapan dengan cabaran ini pada zaman sekarang. Terutamanya apabila nafsu mengatasi apa yang kita tahu. Walaupun kita tahu, ia tidak elok untuk diamalkan, namun faktor-faktor tertentu menyebabkan sebahagian kita terpaksa mengabaikan makanan seimbang. Apa tindakan kita untuk mengatasi masalah ini?


Makanan Seimbang


Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Kat dunia ni, tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan.

Maka kita perlu makan pelbagai jenis makanan bagi memastikan tubuh kita dapat apa yang diperlukan. Tubuh kita memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk memelihara kesihatan.

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

Bagi memastikan tubuh kita mendapat apa yang diperlukan untuk kesihatan, perkara-perkara atau nutrien berikut perlu diambil perhatian

- Karbohidrat
- Protein
- Lemak
- Mineral
- Vitamin
- Pelawas

Apa Tindakan Yang Boleh Kita Lakukan


Alhamdulillah, dengan produk Shaklee, saya dapat memastikan sekurang-kurang saya mempunyai alternatif untuk melengkap apa yang kurang.

 

Karbohidrat


Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50%daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum , dan sepertinya.

Biasanya, kita tidak ada masalah dengan karbohidrat.

 

Protein


Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Asid Amino penting sangat diperlukan oleh tubuh. Protein diperlukan untuk membina struktur badan, membina dan mengekalkan tisu badan dan diperlukan bagi menghasilkan enzim, hormon dan semua antibodi. Ikan, ayam, telur, daging dan produk tenusu adalah contoh makanan yang membekalkan protein.

Untuk menyelesaikan masalah kekurangan protein, saya mengambil ESP Soy Protein yang kaya dengan asid amino penting. Ia juga diperkaya dengan kalsium yang sangat baik untuk tubuh kita.


Lemak


Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk.

Terdapat dua jenis lemak iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu. Pengambilan lemak tepu dapat meningkatkan pengumpulan kolesterol dalam salur darah.

Pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan. Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk. Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Bagi mengimbangi masalah kolesterol, Shaklee menawarkan produk OmegaGuard. Ia mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semula jadi.




Vitamin dan Mineral


Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf.

Zat mineral mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin dan mineral hanya diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang sedikit. Kehadirannya penting bagi memastikan tindak balas metabolisme yang spesifik antara sel.

Kita sering kali mengabaikan sayuran dan buah-buahan dalam hidangan harian kita. Disebabkan itu, kita sering kali kekurangan vitamin dan mineral.

Melalui Shaklee, terdapat beberapa produk yang boleh membantu seperti Vita Lea, B-Complex, Sustained Release Vita C, Zinc Complex, Vita E Complex, Caroto Max, OsteMatrix dan lain-lain.


Pelawas


Serat atau pelawas di dalam makanan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik bagi mengelakkan sembelit. Sayuran dan buah segar serta bijiran merupakan sumber serat penting. Pengambilan air yang cukup sekurang-kurangnya 2 liter sehari juga amat penting.

2 produk yang sangat membantu yang bertindak sebagai pelawas iaitu Herb Lax dan Alfalfa Complex.



Berubah Untuk Lebih Sihat


Melakukan sedikit perubahan dalam kehidupan anda memberikan impak yang sangat besar dalam meningkatkan kesihatan anda.

Ini merupakan cadangan saya untuk membantu anda meningkatkan kesihatan. Yang penting makanan asas yang semula jadi menjadi menu utama anda.

Anda berminat dengan  produk Shaklee??

Saya bantu anda untuk  menjadikan ia realiti.


Hafid Sulaiman
Whatsapp 013-3727 508

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...