Tarikh 12 Oktober adalah Hari Arthritis Sedunia atau World Arthritis Day. Ia mula disambut pada tahun 1996 dan menjadi acara tahunan yang dianjurkan oleh Arthritis Rheumatism International.
Tujuannya adalah membangkitkan kesedaran kepada masyarakat tentang penyakit ini sama ada kepada mereka yang menghidap masalah ini atau masyarakat sekeliling yang hidup bersama dengan mereka.
Di sini saya kongsikan serba sedikit informasi tentang arthritis sebagai panduan kita bersama.
Tujuannya adalah membangkitkan kesedaran kepada masyarakat tentang penyakit ini sama ada kepada mereka yang menghidap masalah ini atau masyarakat sekeliling yang hidup bersama dengan mereka.
Di sini saya kongsikan serba sedikit informasi tentang arthritis sebagai panduan kita bersama.
Kenali Arthritis
Tubuh manusia terdiri daripada 206 batang tulang yang disusun dan disambungkan antara satu sama lain untuk apa yang dipanggil sebagai tulang rangka. Keunikan reka bentuk tubuh badan ini membolehkan manusia bergerak, berpusing, berputar, membongkok, melipat dan meregang dengan bantuan otot-otot.
Namun antara masalah kesihatan pada bahagian sendi yang sering berlaku adalah inflamasi atau keradangan. Ia disebut sebagai ARTHRITIS.
Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :
+ Kerosakan Sendi
+ Jangkitan kuman
+ Penyakit yang diwarisi
Namun antara masalah kesihatan pada bahagian sendi yang sering berlaku adalah inflamasi atau keradangan. Ia disebut sebagai ARTHRITIS.
Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :
+ Kerosakan Sendi
+ Jangkitan kuman
+ Penyakit yang diwarisi
atau sebab-sebab lain
Arthritis yang sering dihidapi dalam kalangan dewasa adalah :
+ Osteoarthritis (OA)
+ Arthritis rheumatoid
+ Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
+ Gout
Arthritis yang sering dihidapi dalam kalangan dewasa adalah :
+ Osteoarthritis (OA)
+ Arthritis rheumatoid
+ Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
+ Gout
OSTEOARTHRITIS(OA)
+ Jenis yang paling lazim dihidapi
+ Disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan
+ Lebih kerap berlaku di kalangan warga tua
+ Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan
+ Menjadi lebih sakit di penghujung hari.
Dalam osteoarthritis, proses proses penuaan yang berlaku menyebabkan kehausan pada tulang rawan. Ini kemudiannya akan membawa kepada pergeselan tulang di antara satu sama lain dan seterusnya akan menyebabkan kesakitan. Risiko untuk anda menghidapi osteoarthritis semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia.
Baca Juga: Sakit Sendi OsteoArthritis: Simptom, Diagnosis Dan Rawatan
RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)
Rheumatoid arthritis adalah sejenis penyakit auto imun yang melibatkan sendi-sendi. Ia menyebabkan inflamasi dan kerosakan pada sendi.
+ Lebih kerap dihidapi kaum wanita
+ Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri
+ Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi
+ Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi
+ Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.
ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN
+ Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman
+ Anda selalunya demam dan menggigil
+ Selalunya menyerang satu sendi sahaja
GOUT
+ Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi
+ Lazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umur
+ Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki
Dalam penyakit gout, pangkal ibu jari kaki akan menjadi bengkak dan sakit secara tiba-tiba disebabkan oleh mendapan Kristal asid urik.
Tanda-Tanda Arthritis
+ Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah)
+ Sendi bengkak
+ Kekejangan sendi
+ Susah untuk bergerak seperti biasa
+ Sakit apabila bergerak
+ Perubahan kepada sendi
+ Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
+ Otot betis menjadi kecut bagi penghidap osteoarthritis lutut
+ Sakit bila sekeliling sendi ditekan
Berikut mungkin menambahkan risiko arthritis
+ Peningkatan usia
+ Badan terlalu gemuk:
- bagi penyakit osteoarthritis lutut
+ Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis:
- terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout ‘familial’
+ Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’)
+ Kecederaan berat contoh bersukan
+ Mencangkung bagi osteoarthritis lutut
+ Pekerjaan:
- Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh
- Osteoarthritis punggung bagi peladang
Sumber:
www.myhealth.gov.my
www.infosihat.gov.my
www.national-awareness-days.com
worldarthritisday.org
Semoga Bermanfaat
Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah
Kami adalah Pengedar Produk Shaklee. Jika ada berminat untuk mendapatkan produk Shaklee bagi meningkatkan kesihatan anda dan orang yang anda sayang, boleh whatsapp kami: 013-3727.508
No comments:
Post a Comment