Mudah, Cepat, Murah, Sedap dan
Ringan… Antara perkataan yang boleh anda kaitkan dengan makanan ringan dan makanan segera atau “junk food” dan “fast
food”. Bahkan tidak keterlaluan juga ada yang
menggelarnya sebagai makanan sampah.
Sampah-sampah ini seharusnya di
buang di dalam bakul sampah dan ramai dalam kalangan masyarakat yang bersedia
untuk menjadi bakul sampah.
Makanan ini mempunyai kalori yang
tinggi walaupun ia ringan. Masih lagi mempunyai kandungan nutrisi yang baik namun
keburukannya mengatasi kebaikan.
Di tambah pula dengan perasa dan
garam yang berlebihan. Menjadikan ia begitu dirindui oleh penggemarnya. Lihat
sahaja restoran makanan segera yang tidak putus dikunjungi orang ramai.
Makanan ini mengandungi kandungan
lemak jahat yang tinggi dan rendah fiber yang menyebabkan penyakit mudah
mengganggu sistem penghadaman.
Kebanyakan makanan ini melalui banyak
proses sebelum menjadi sesuatu produk makanan. Dan dalam proses tersebut banyak
nutrien-nutrien penting yang pada asalnya terdapat di dalam bahan utama produk
telah hilang dan dihilangkan.
Bahan pengawet untuk menjadikan ia
tahan lama, memberikan kesan yang berpanjangan kepada fizikal dan mental
seseorang walaupun dilihat agak perlahan.
Kesan Buruk Pengambilan 'Junk Food' atau 'Fast Food'.
Penulis ingin berkongsi dengan pembaca beberapa kesan buruk akibat daripada menjadikan tubuh sebagai bakul sampah kepada makanan ini:
#1. Obesiti. Kandungan lemak yang
tinggi menyebabkan seseorang itu mudah menjadi gemuk.
#2. Diabetes. Kandungan gula yang
tinggi, pemanis yang menjadi racun
terutama minuman ringan.
#3. Kolesterol tinggi. Ini juga
berpunca daripada kandungan lemak yang tinggi. Kolesterol tinggi menyebabkan
pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung.
#4. Menjejaskan fungsi hati dan akhirnya memberi
kesan kepada buah pinggang.
#5. Menjejaskan fungsi otak. Menjadikan
seseorang itu malas dan hilang tumpuan di dalam pekerjaan.
#6. Meningkatkan tekanan darah. Ini
kerana kepekatan lemak yang lebih tinggi, gula dan garam. Tekanan darah tinggi
boleh menyebabkan strok dan kesihatan yang merosot secara keseluruhan.
#7. Sistem imun lemah. Makanan
ringan mengandungi nutrien yang rendah yang tidak cukup untuk memenuhi
keperluan badan. Ini menyebabkan seseorang itu mudah untuk dijangkiti penyakit.
Secara umumnya, seseorang boleh
untuk memakan makanan ringan tetapi janganlah sampai ia menjadi ketagihan
setiap hari.
Apabila ia sudah menjadi suatu
ketagihan, maka bersedialah untuk perbelanjaan yang lebih besar untuk
menanggungnya.
Nasihat Segar Agar Anda Sedar.
Utama makanan yang berkhasiat dan
masaklah sendiri di rumah untuk menikmati makanan yang terbaik untuk diri anda.
Anda orang hebat jika berjaya
meninggalkan “JUNK FOOD” dan “FAST FOOD”. Nak ambil boleh, tapi jangan sampai ketagih.
Jangan jadikan tubuh anda ini
sebagai bakul sampah.
Jika anda inginkan enjin kereta yang
hebat, maka isilah dengan bahan yang terbaik. Jika tidak kereta anda akan
meragam di tengah jalan.
Mari bertanya kepada diri sendiri,
adakah anda sayang diri anda? Adakah anda menghormati diri anda?
Atau adakah anda telah menjadikan
diri kita sebagai bakul untuk diletakkan sampah sarap…
Say No To Junk Food For Better
Health.
Hafid
Sulaiman
FB
Page: Kesihatan Adalah Anugerah.
No comments:
Post a Comment